Setahun diburu kini kawan baik bekas Timbalan Menteri Nicky Liow serah diri
12:04 Apr 12, 2022  |  By SabahKini2
Setahun diburu kini kawan baik bekas Timbalan Menteri Nicky Liow serah diri

Selepas setahun melarikan diri daripada pihak berkuasa, ahli perniagaan dalam buruan, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee 34, yang juga pengasas Winner Dynasty Group menyerah diri di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Menara KPJ.

Selepas setahun melarikan diri daripada pihak berkuasa, ahli perniagaan dalam buruan, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee 34, yang juga pengasas Winner Dynasty Group menyerah diri di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Menara KPJ, Jalan Tun Razak jam 11 pagi semalam.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain, berkata ahli perniagaan itu ketika ini berdepan lebih 20 kes berkaitan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLAFTA).

"Dia (Nicky) dihadapkan ke Mahkamah Shah Alam hari ini untuk menghadapi sebanyak 26 pertuduhan.

"Sebelum ini pada 23 Mac lalu, Mahkamah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap ke atas Nicky atau Liow Soon Hee untuk menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 4(1)(a) AMLAFTA," katanya

Razarudin berkata, sebelum ini siasatan berhubung Seksyen 130 V hingga Seksyen 130 ZB Kanun Keseksaan bagi Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) digugurkan oleh mahkamah.

Sebelum ini Nicky diburu selepas Polis Johor mengadakan operasi dan serbuan berasingan di Puchong, Selangor, sebelum menahan 12 individu termasuk seorang bergelar Datuk Seri.

Sindiket itu sebelum ini disyaki terbabit dalam pelbagai jenis kes penipuan dalam talian.

Nicky juga pernah ditahan kerana mencederakan dua anggota Sukarelawan Malaysia (RELA) yang sedang bertugas di perkarangan Tokong Kou Ong Yah, Jalan Merdeka, Kampung Baru Ampang, Kuala Lumpur, lima tahun lalu.

Dato' Sri Nicky Liow sebelum ini dilaporkan mempunyai orang dalam seperti pegawai dan anggota polis dan agensi penguat kuasa lain yang berada di bawah kawalannya. Turut berada dalam kawalan lelaki itu adalah Timbalan Pendakwa Raya.

Dato'Sri Nicky dilaporkan mempunyai hubungan rapat dengan Timbalan Menteri KDN Datuk Azis Jamman. Beliau kerap bertemu dengan Timbalan Menteri itu ketika menjadi Timbalan Menteri.  Beliau gemar menjaga pemimpin yang ada kaitan dengan KDN untuk keselamatan dirinya.

[ARTIKEL BERKAITAN- Dulu bela Timbalan Menteri kini Nicky Liow 'bela' 34 pegawai penguat kuasa diburu! ]

 

 

1 Comment