Apa sudah jadi? Menurut Anifah sepatutnya Menteri Luar berada di UAE terlebih dahulu untuk memantau sendiri persiapan lawatan perdana menteri. Yang gagal dan perlu dipertanggungjawabkan ialah Saifuddin Menteri Luar bukan pegawai
Sehari dua ini kecoh mengenai isu lawatan Perdana Menteri ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) sehingga menyebabkan dua diplomat ke negara itu dipanggil pulang.
Bukan itu saja video perbualan pegawai Wisma Putra juga disebarkan mengenai insiden kegagalan Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah menyelaras lawatan itu.
Audio bocor Wisma Putra yang dilaporkan polis
Terbaru teguran daripada bekas Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Anifah Aman yang berkata isu tersebut amat serius dimana Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Saifuddin Abdullah perlu mengambil tanggungjawab sepenuhnya.
Anifah berkata, jika beliau berada di tempat Saifuddin, beliau akan melakukan siasatan dalaman dahulu dalam menangani isu tersebut.
”Walaupun Wisma Putra telah mengeluarkan kenyataan bahawa panggilan balik itu bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana kegagalan mereka menyelaraskan urusan pentadbiran dan logistik semasa lawatan Perdana Menteri ke UAE, namun dua diplomat itu tidak sepatutnya dipanggil balik secara tergesa-gesa.
”Saya mempunyai keraguan tentang kegagalan mengurus lawatan itu kerana mereka ini adalah diplomat kanan dan berpengalaman terutamanya apabila ia melibatkan perdana menteri kita,” katanya dalam satu kenyataan.
Menteri Luar sepatutnya sampai awal
Mengulas lanjut, berdasarkan pengalamannya menjawat tanggungjawab itu, Anifah menjelaskan sebelum lawatan rasmi perdana menteri ke negara asing, persiapan rapi yang melibatkan Menteri Luar Negeri perlu dibuat.
Dimana Menteri Luar Negeri akan mendahului perdana menteri lebih awal di lokasi untuk memastikan persiapan yang diperlukan sudah dibuat.
”Sebagai Menteri Luar Negeri, saya akan bertanggungjawab sepenuhnya atas kelemahan yang berlaku semasa lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke UAE.
“Kejadian ini memalukan negara kita dan seorang menteri sentiasa bertanggungjawab terhadap sebarang kelemahan kementerian dan beliau sepatutnya membela pegawainya.
“Saya ragu-ragu bahawa diplomat kanan dan berpengalaman seperti itu akan terlepas pandang butiran penting yang melibatkan perdana menteri,” tambahnya lagi,
Anifah turut berpandangan tindakan tergesa-gesa memanggil semula diplomat itu akan memburukkan negara, sedangkan pegawai-pegawai di Wisma Putra semuanya berpengalaman dan mereka yang dipilih untuk menjadi Ketua Perwakilan biasanya seorang diplomat terkemuka dan mempunyai pengalaman bertahun-tahun di bawah kendalian mereka.
”Insiden seperti ini jarang berlaku dan jika ia berlaku, ia boleh dicegah sekiranya Menteri Luar berada di UAE terlebih dahulu untuk memantau sendiri persiapan lawatan perdana menteri.
”Berada di sana terlebih dahulu adalah sebahagian daripada tugas seorang Menteri Luar dan jika beliau gagal berada di sana, beliau tidak sepatutnya bersetuju atau mengarahkan penarikan balik kedua-dua diplomat itu,” katanya.
Anifah menambah, sudah menjadi amalan biasa untuk mesyuarat dalaman (pra-majlis) diadakan di Malaysia di kementerian itu untuk setiap acara terutamanya yang melibatkan perdana menteri, diikuti dengan taklimat dengan Pejabat Perdana Menteri mengenai pengaturan logistik, diikuti oleh Menteri Luar dan pasukan pendahuluan tiba lebih awal dan mesyuarat akhir pra-majlis di negara acara sebelum ketibaan Perdana Menteri Malaysia.
Semua prosedur itu, jelas Anifah bagi memastikan kesilapan seperti yang berlaku di UAE tidak berlaku.
”Tindakan jenis ini memberi gambaran buruk kepada Menteri Luar dan akibatnya juga kepada Malaysia,” kata Anifah.
Saifuddin menaiki jet kerajaan bersama PM
Jelas semua kegagalan ini kerana Saifuddin yang berseronok menumpang jet rasmi Perdana Menteri ke UEA.
Beliau sepatutnya berada lebih awal dan menyelaras lawatan bukan bergantung kepada pegawai diplomat kerajaan.
Dan kini apabila berlaku masalah penyelarasan Menteri Luar bertindak mengambil tindakan tegas sedangkan dia tak berada di lapangan lebih awal.
Apa sebenarnya masalah Saifuddin ini? Bukan lagi rahsia dikalangan pegawai kerajaan sejak dari zaman Menteri PH Menteri Luar, PN sebagai Menteri KKMM dan kini kembali Menteri Luar masalah sikap Saifuddin tidak pernah berubah khususnya campur tangan isteri dalam pentadbiran kementerian. Isteri dilaporkan lebih berkuasa di kementerian di mana Saifuddin sebagai Menteri. Gara-gara takut bini beliau tak berani datang awal ke UEA.