Tiga pegawai Mara Corp akan dituduh dalam masa terdekat - KP SPRM
05:04 Apr 15, 2022  |  By SabahKini2
Tiga pegawai Mara Corp akan dituduh dalam masa terdekat - KP SPRM

Akhirnya 5 pegawai MARA yang kontroversi dibayar gaji RM967,355.76 setahun menurut KP SPRM akan didakwa dalam tempoh terdekat. SPRM telah hantar ke pejabat Peguam Negara semoga ia dipercepatkan bukan dilengahkan

Kontroversi pegawai MARA yang menerima gaji RM967,355.76 februari lalu dilaporkan bakal didakwa dalam tempoh terdekat. Sekalipun semua pegawai itu digantung namun kini pegawai-pegawai itu mula bertugas semula di MARA Corp  seperti biasa seolah-olah tiada yang berlaku.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah melengkapkan dan menyerahkan hasil siasatan kes setakat ini tiga pegawai Mara Corporation Sdn Bhd (Mara Corp) yang terlibat salah guna kuasa dan salah urus syarikat kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).

Ketua Pesuruhjayanya Tan Sri Azam Baki 31 Mac lalu mengesahkan pihaknya yakin ketiga-tiga suspek berkenan akan dituduh di mahkamah secepat mungkin.
 
"Kita telah melengkapkan siasatan mengenai dakwaan salah guna kuasa dan salah urus Mara Corp dan telah kemukakan kepada AGC sebelum ini. Jadi, kita akan tunggu keputusannya tidak lama lagi.
 
"Saya percaya keputusannya nanti akan berakhir dengan pertuduhan kepada pihak yang kita cadangkan. Yang terbabit itu tiga orang, namun kita serahkan kepada AGC untuk menghalusinya lagi sama ada tiga dipertuduhkan atau sebahagian daripadanya," katanya.

Azam sebelum ini dilaporkan berkata, setakat ini hanya lima pegawai kanan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) itu dipanggil untuk dirakam keterangan.
 
Rakyat di negara ini terkejut apabila hampir RM1 juta setahun kerajaan menggaji Pegawai MARA secara pinjaman sejak Julai 2020 hingga Januari 2022. Lima Pegawai dilantik untuk menstruktur dan memulihkan MARA Corp tetapi sebaliknya MARA Corp pula yang rugi apabila 5 pegawai itu Noor Irwan Marmin (Gred E52) dibayar RM 269,723.80,  Rizal Abd Gani (Gred 44- RM207,069.00), Iskandar Zainudin (Gred 44- RM 152,738.48), Mohd Faizal Mat Top (Gred 44- RM168,022.32) dan  Mohd Firdaus Zubir (Gred 44- RM169,802.16). Pembayaran ini dibuat secara salah memperalatkan kelulusan Lembaga Pengarah MARA Corp.

2 Comments