Syed Azmi pendokong PH rakan subahat Siti Bainun dera Bella di Rumah Bonda!
07:04 Apr 19, 2022  |  By SabahKini2
Syed Azmi pendokong PH rakan subahat Siti Bainun dera Bella di Rumah Bonda!

Akhirnya dalang dera Bella di Rumah Bonda terbongkar apabila Syed Azmi (Sipemegang Anjing) dan Siti Bainun adalah pengasasnya.Siti Bainun didakwa atas penderaan kejam itu. Syed Azmi pula masih Lembaga YKN & Penasihat Mahkamah Kanak- Kanak Wilayah Psktuan

Beberapa hari ini netizen gila bermain gambar pendera Bella Siti Bainun sebagai anak angkat Datuk Seri Zahid Hamidi Presiden UMNO. Zahid dan anaknya Nurul hidayah menafikannya hanya kerana dia bekas seorang Puteri UMNO Ampang tidak bermakna kesalahan individu dikaitkan dengan pemimpin atau parti.

Ya Siti Bainun pernah aktif bersama Puteri di zaman Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati Samsudin sebagai Ketua Puteri dan Timbalan Menteri tetapi tidak bermakna Mas Ermieyati bersubahat dalam penderaan itu sebagaimana juga gambar-gambar Zahid, Najib dan lain-lain lagi.

Namun tidak ramai pula yang cuba mengaitkan Rumah Bonda dengan Syed Azmi seorang pendokong Pakatan Harapan yang juga menjadi penasihat Rumah Bonda itu terlibat secara langsung dengan kes dera ini. Bukankah zaman PH dulu Wan Azizah, Hannah Yeoh dan Amanah memuja-muja Syed Azmi?

Syed Azmi jarang bercerita  yang dia juga timbalan pengerusi Pertubuhan Kebajikan Rumah Bonda KL (PKRBKL) seperti yang telah dibongkarkan oleh SCRUT.  BACA https://blog.scrut.my/syed-azmi-berdusta-syed-azmi-ialah-timbalan-siti-bainun-di-rumah-bonda/

Penderaan terhadap Bella tidak boleh dimaafkan

Faktanya jelas Pertubuhan Kebajikan Rumah Bonda Kuala Lumpur (No Pertubuhan : PPM-026-14-3102019) Pengerusinya Siti Bainun Bt Abd Razali dan Timbalan Pengerusinya Syed Azmi Alhabshi

Manakala Persatuan Untuk Anak Kita (No Pertubuhan : PPM-014-10-07032018 ) Pengerusinya Syed Azmi Alhabshi dan Timbalannya Pengerusinya Siti Bainun Abd Razali

Berapa agaknya mereka kutip derma mempergunakan pertubuhan kebajikan di atas? Telah diaudit ke akaun persatuan itu mengenai derma-derma mereka?

Keakraban Syed Azmi Alhabshi dan Siti Bainun

Syed Azmi Alhabshi "rakan kongsi" Bainun merupakan Penasihat Mahkamah Kanak-Kanak dan Pemegang Amanah Yayasan Kebajikan Negara yang dilantik oleh Wan Azizah TPM, Pakatan Harapan sebelum ini. Ketika pemimpin IKRAM dan AMANAH mengemudi Yayasan Kebajikan Negara, Syed Azmi Alhabshi menjadi orang kuat kesayangan PH.

Ketika perubahan kerajaan PH kepada PN, Datuk Seri Rina Harun Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melakukan cubaan memecatnya namun PH dan DAP menentang pemecatan itu dan akhirnya Syed Azmi kekal sebagai Pemegang Amanah Yayasan Kebajikan Negara sehingga hari ini. Kononnya Syed Azmi aktivis bukan politik lah, pejuang kanak-kanak dan bermacam-macam lagi. Kisah Yayasan Kebajikan Negara (YKN) yang dipimpin Datin Paduka Che Asmah Ibrahim (IKRAM-AMANAH) pernah didedahkan Sabahkini2 tahun 2020. Berjoli sakan YKN masa ni. Dana dari luar negara pun masuk dalam YKN untuk disalur kepada NGO kroni PH dan IKRAM.

[ARTIKEL BERKAITAN- Terbongkar! Wan Azizah dan CEO YKN 'IKRAM' salur dana Qatar USD50 juta kepada 3 NGO Kroni

 


Cubaan memecat Syed Azmi oleh Rina Harun. Hannah Yeoh DAP orang paling kuat
menentang pemecatan Syed Azmi daripada YKN. CEO YKN berjaya dipecat tetapi BOD seperti Syed Azmi terus kekal


Siapa tak kenal Syed Azmi ni? kontroversi program I want to touch a dog  tahun 2014. Pembangkang macam biasa menyokong program bela anjingnya.

 

 

Memorandum pecat Syed Azmi Alhabsi

1 April lalu beberapa aktivis kanak-kanak menghantar Memorandum untuk mendesak penamatan Syed Azmi Alhabsi sebagai Penasihat Mahkamah Kanak- Kanak Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; dan Ahli Pemegang Amanah Yayasan Kebajikan Negara (Ykn) - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Memorandum itu boleh dibaca seperti berikut.

 

Jadi bukankah juga Syed Azmi Alhabsi juga harus disalahkan dalam penderaan Bella? Mengapa PH tidak membicarakan hal Syed Azmi sebagai rakan subahat Siti Bainun? Siti Bainun jika dia tidak bersalah dia perlu melawannya di mahkamah. Walau apa pun pandangan netizen, peguam dan pengikut masing-masing memandangkan kes sini sudah dibicarakan di mahkamah mari kita dapatkan keadilan buat Bella!

1 Comment