[VIDEO] 2 lelaki diburu polis kerana serang pelajar wanita di Dutamas
05:04 Apr 23, 2022  |  By SabahKini2
[VIDEO] 2 lelaki diburu polis kerana serang pelajar wanita di Dutamas

Suspek yang menunggang motosikal bernombor pendaftaran WB 9352 P kemudiannya menghampiri pengadu untuk merampas telefon bimbit miliknya (kerana merakam aksi suspek) namun gagal

 


Polis sedang memburu dua lelaki warga tempatan kerana disyaki cuba melakukan samun dan mendatangkan kecederaan terhadap dua wanita warga asing di hadapan sebuah sekolah di Persiaran Dutamas.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata kejadian dilaporkan berlaku pada 8.53 malam ketika seorang pelajar warga asing berumur 26 tahun sedang berjalan menuju ke sebuah pusat membeli-belah bersama seorang rakannya.

Beliau berkata pada mulanya wanita itu bertindak merakam aksi dua lelaki menggunakan telefon bimbit apabila perbuatan mereka nampak mencurigakan.

“Suspek yang menunggang motosikal bernombor pendaftaran WB 9352 P kemudiannya menghampiri pengadu untuk merampas telefon bimbit miliknya (kerana merakam aksi suspek) namun gagal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya kemudian berlaku pergelutan antara mereka menyebabkan lelaki terbabit memukul belakang badan wanita itu menggunakan dahan kayu sehingga menyebabkan kecederaan.

Beh berkata kedua-dua wanita itu melarikan diri ke Sekolah Kebangsaan Kiaramas, di sini untuk meminta pertolongan daripada pengawal keselamatan sekolah berkenaan, dan kedua-dua lelaki itu kemudiannya terus melarikan diri.

“Mangsa mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Kuala Lumpur dan doktor mengesahkan pengadu mengalami kesan lebam di belakang badan akibat dipukul menggunakan objek tumpul,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Sjn Nor Hafizullah Norahim dengan menelefon 017-2232031 atau Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul 03-40482222 bagi membantu siasatan, lapor Bernama.

@majoritiofficial Makin menjadi-jadi ya penyamun ni... polis tengah buru tu.. lepas ni boleh hi/bye dalam lokap #suspek #samun #kualalumpur #tular #polisburu #malaysia #penunggangmotosikal ♬ original sound - majoritiofficial

 

Comment