Dr Yusof akan bertanding lagi PRU-15 demi rakyat Sipitang
10:04 Apr 23, 2022  |  By SabahKini2
Dr Yusof akan bertanding lagi PRU-15 demi rakyat Sipitang

Dr Yusof mengumumkan hasratnya bertanding PRU-15 di Parlimen Sipitang. Setakat ini beliau belum menyertai mana-mana parti politik selepas meninggalkan Warisan awal Oktober tahun lalu.

Bekas ketua penerangan Parti Warisan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob berkata akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Bagaimanapun, buat masa ini beliau mengumumkan belum menyertai mana-mana parti politik selepas meninggalkan Warisan awal Oktober tahun lalu.

"Saya mengikuti perkembangan dan saya lihat, politik negara ini akan berubah. Landskapnya akan berubah sama sekali di masa akan datang.

"Dan kita lihat, di Semenanjung dan di Sabah, ada keperluan untuk bersatu membela nasib rakyat Sabah, dan bekerjasama dengan kerajaan persekutuan," katanya

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) di Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Sipitang.

Yusof pada Oktober 2021 mengumumkan keluar Warisan untuk menjadi ADUN bebas yang menyokong kerajaan negeri ditadbir Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Sejak itu beliau sering kelihatan dalam program-program bersama Kerajan GRS-BN termasuk program retreat GRS BN pada februari lalu.

Ahli Parliman Sipitang sekarang ialah YB  Yamani Hafez Musa Timbalan Menteri Kewangan daripada Parti Pribumi Bersatu (BERSATU).

 

Comment