Skandal rasuah Projek MRT RM650 juta anak Syarikat Pestech International Bhd tiada kaitan pegawai MRT Corp?
23:04 Apr 29, 2022  |  By SabahKini2
Skandal rasuah Projek MRT RM650 juta anak Syarikat Pestech International Bhd tiada kaitan pegawai MRT Corp?

Modus operandi Skandal GLC hanya melibatkan anak syarikat malah di Petronas - Deleum Berhad yang salah Pegawai Junior Level!. Kali ini Projek MRT namun yang salah pengarah anak Syarikat Pestech. Tiada kaitan Pegawai MRT Corp!

Modus operandi rasuah dalam Petronas juga berlaku dalam MRT Corp. Pada 22 Mac lalu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan lima individu membabitkan dua bekas pengarah dan tiga pengarah syarikat kejuruteraan bagi  siasatan berhubung kes rasuah membabitkan projek pembinaan projek Transit Aliran Massa (MRT) bernilai lebih RM650 juta.

Tiga suspek berusia 43 hingga 52 tahun direman sehingga 27 Mac lalu dan dua lagi suspek lelaki berusia 54 dan 63 tahun bekas pengarah syarikat kejuruteraan tidak direman atas faktor kesihatan. Mereka hanya diperintah hadir ke Pejabat SPRM setiap hari bagi membantu siasatan.

Dua bekas pengarah syarikat kejuruteraan CRSE Sdn Bhd termasuk seorang berpangkat Datuk  telah menerima rasuah kira-kira RM27 juta daripada sebuah syarikat kejuruteraan lain (sub con) sebagai balasan melantik syarikat terbabit sebagai perunding projek berkenaan pada tahun 2017.

Bagaimanapun Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) selepas penangkapan itu menjelaskan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan rasuah membabitkan dua firma kejuruteraan yang terlibat dalam Projek Transit Aliran Massa (MRT), tidak berkaitan dengan syarikat atau petugasnya.

Rasuah Pestech International Bhd

Syarikat kejuruteraan CRSE Sdn Bhd  atau dulu Colas Rail Asia Sdn Bhd yang terlibat rasuah merupakan anak syarikat kepada Pestech International Bhd

Hanya sebulan berlalu sselepas penangkapan pegawai CRSE, Pestech International Bhd menjelaskan tentang skandal rasuah RM650 juta dalam syarikat itu.

Pestech International Bhd berikrar untuk memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan dakwaan rasuah ke atas dua firma kejuruteraan yang terbabit dalam projek Transit Aliran Massa 2 (MRT2).

Pestech International Bhd menyatakan anak syarikatnya, CRSE Sdn Bhd, telah melaksanakan pakej bekalan dan pengedaran tenaga bagi projek MRT tersebut.

Berikutan itu, SPRM telah memanggil CRSE sebagai salah satu kontraktor utama yang menyertai projek itu bagi membantu siasatan dan telah memberi kerjasama sepenuhnya, kata Pestech. 

Persoalannya benarkah dalam skandal RM650juta MRT ini Pestech dan MRT Corp tidak teribat rasuah? Hanya Pengarah dalam anak syarikat sahaja terlibat sebagaimana skandal Petronas- Deleum Berhad RM2.3 Bilion hanya pegawai Junior Level ditangkap bersama pengarah anak syarikat?

Dakwaan skandal MRT Corp bukan baharu kerana sebelum ini pernah didedahkan mengenai beberapa skandal rasuah dalam MRT dan LRT.

Comment