Nagaentharan lalui proses undang-undang, keluarga, penyokong segeralah 'Move On'
12:04 Apr 30, 2022  |  By SabahKini2
Nagaentharan lalui proses undang-undang, keluarga, penyokong segeralah 'Move On'

Semua usaha telah dilakukan. Kerajaan juga bantu. Kesalahan edar dadah jenayah berat. Namun keputusan dan proses undang-undang di Singapura telah berjalan dengan baik. Para keluarga Entharan dan penyokongnya redhalah dan segera 'Move on'.

Netizen Malaysia semakin sakit!. Atau terikut-ikut dengan emosi. Bagaimana penjenayah pengedar dadah boleh disokong dan dipertahankan jika terbukti bersalah sehingga habis selesai perbicaraan mahkamah? Tiada lagi rayuan dan keputusan muktamad.

Nagaentran dijatuhi hukuman mati pada 2010 kerana mengedar 42.72g heroin pada 2009 ke Singapura. Hukuman tertangguh. Kesalahan mengedar dadah! Satu kesalahan besar mana-mana negara termasuk Malaysia.

Nagaenthran sepatutnya dijadualkan menjalani hukuman pada 10 November 2021, tetapi mendapat perintah penangguhan sementara pada 9 November selepas mahkamah dimaklumkan dia positif COVID-19 ketika hadir untuk mengemukakan rayuan terakhirnya.

Begitu banyak usaha dilakukan peguamnya untuk mempertahankan Nagaenthran dari dihukum mati termasuk mendapatkan laporan kesihatan Nagaenthran merupakan individu kurang upaya daripada segi intelek.

Atas sebab kemanusiaan Kerajaan Malaysia juga berusaha membantu meringankan hukuman Nagaenthran seperti menghantar surat rayuan daripada pemimpin Malaysia kepada Kerajaan Singapura mengenai pelaksanaan hukuman Nagaenthran.

Ini termasuklah usaha terbaru 27 April lalu Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra) memaklumkan kerajaan melalui Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah sekali lagi menghantar surat kepada rakan sejawatan di Singapura minggu ini, meminta budi bicara pihak berkuasa Singapura mempertimbangkan untuk meringankan hukumannya.

Sebelum itu surat rayuan pertama kepada kerajaan Singapura dihantar Perdana Menteri dan Menteri Luar pada November 2021.

Bukan itu sahaja pada Disember 2021, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut mengutus surat kepada Presiden Republik Singapura agar meringankan hukuman Nagaenthran.

Semuanya dilakukan demi meringankan hukuman Nagaenthran  dari hukuman  mati.

Namun disebalik semua sokongan, usaha meringkan hukuman itu bukanlah lesen kepada keluarga atau NGO yang menyokong keluarga Nagaenthran menyalahkan kerajaan. Kena ingat hukuman ini daripada Kerajaan Singapura. Undang-undang tegas mereka sudah jelas mengenai pelaku mengedar dadah di negara itu.

 

Seperti penjelasan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dan Menteri Hal Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan telah membalas surat rakan sejawatan masing-masing dari Malaysia bahawa kes Nagaenthran K Dharmalingam telah melalui segala proses perundangan sewajarnya.

Kedaulatan undang-undang Negara Singapura juga perlu dijaga bukan menjadi satu precedent case kepada sokongan diplomatik mengenai kes pengedaran dadah selepas ini.

Ini yang sepatutnya keluarga Nagaenthran dan penyokongnya lakukan iaitu redha dengan hukuman kesalahan itu. Jadikan pengajaran besar buar rakyat di Negara kita agar tidak melakukan jenayah berat di Singapura.

Kita hormat kepada budaya kaum untuk memberi penghormatan akhir kepada Nagaenthran tetapi tidak sesekali menyokong jenayah beratnya sambil menyalahkan kerajaan.

Begitu juga pemimpin PH jangan menggunakan kesempatan memarakkan isu dengan sentimen kaum. Jika benar PH mahu pertahankan sudah tentu peguam-peguam hebat DAP seperti anak-anak Karpal Singh dan Rayer MP Jelutong mempertahankannya di Singapura. Tetapi mereka tahu dan tidak berbuat apa-apa.

Banyak isu dadah berlaku di negara ini termasuk penggunaan alasan perubatan seperti kesihatan mental dan anggapan dadah untuk perubatan.  Bagaimanapun semua ini bukan lesen untuk individu di negara ini untuk menanam ganja di dalam rumah malah mengedarkan di luar seperti kes penyanyi nasyid terkenal Yassin Sulaiman.

Di Negara ini anda hanya akan bebas dari kesalahan dadah hatta menanam ganja di kondominium dengan syarat jika anda adalah anak Tan Sri Vincent Tan! Yang lain jangan mimpi!

 

 

1 Comment