Kerajaan negeri bina semula jambatan gantung yang Rosak Di Nabawan – KM
19:04 Apr 30, 2022  |  By SabahKini2
Kerajaan negeri  bina semula jambatan gantung yang Rosak Di Nabawan – KM

Menurut Hajiji sementara jambatan itu siap, kerajaan negeri telah menyalurkan peruntukan kepada pejabat daerah terlibat untuk membeli bot dan enjin sangkut bagi kegunaan penduduk merentasi sungai bagi menjalani aktiviti harian.

Kerajaan Sabah akan membina semula sebuah jambatan gantung di Nabawan yang rosak dan dihanyutkan dalam kejadian banjir pada bulan lepas, kata Ketua Menteri Hajiji Noor.

Beliau berkata sementara jambatan itu siap, kerajaan negeri telah menyalurkan peruntukan kepada pejabat daerah terlibat untuk membeli bot dan enjin sangkut bagi kegunaan penduduk merentasi sungai bagi menjalani aktiviti harian.

“Kita ambil tindakan segera bila-bila masa kita buat yang penting pegawai daerah beli dahulu bot dan enjin sangkut, jika boleh hari ini juga kita beli dan kita sudah bagi peruntukan sebagai langkah sementara menunggu jambatan gantung siap,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Terdahulu, beliau mengadakan pertemuan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Mustapa Mohamed di sini antara lain bagi membincangkan perlaksanaan program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) di negeri ini.

Tular di media sosial video beberapa kanak-kanak memakai pakaian seragam sekolah menggunakan rakit dan zip line untuk menyeberangi sungai di Nabawan susulan jambatan gantung merentang sungai, yang menjadi laluan utama penduduk kampung, hanyut akibat arus sungai deras dalam kejadian banjir itu.

Khamis lepas, Timbalan Menteri Kerja Raya Arthur Joseph Kurup berkata kerajaan persekutuan bersetuju memberikan peruntukan kecemasan kepada beberapa kampung di Nabawan yang terjejas teruk akibat banjir membabitkan pembinaan jambatan dan penyelenggaraan jalan raya.

Nabawan: Jambatan gantung rosak akibat banjir, murid gadai nyawa ke Sekolah

 

Comment