Warisan mengaku guna Minit Mesyuarat Agung Khas PALSU ambil alih parti
15:02 Feb 14, 2018  |  By SabahKini2
Warisan mengaku guna Minit Mesyuarat Agung Khas PALSU ambil alih parti

Pengarah Komunikasi Presiden Warisan mengesahkan Mesyuarat Agung Khas pada tahun 2016. Persoalannya bila tarikh mesyuarat itu? Yang pasti AGM itu PALSU!

Parti Warisan akhirnya mengaku mengadakan Mesyuarat Agung Khas pada tahun 2016. Kenyataan ini didedahkan melalui Pengarah Komunikasi Presiden Warisan, Ismaily Bongsu. Tiada kenyataan rasmi daripada Setiausaha Agung Warisan Loretto Damien S. Padua Jr. 

Sabahkini2 semalam mendedahkan melalui sumber dalaman ROS bahawa di atas kertas secara undang-undang Fred Gabriel masih sah sebagai Presiden Warisan bukan Shafie Apdal. Ini kerana proses pertukaran kepimpinan parti sebelum ini bukan melalui pemilihan parti dalam Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Khas.


Jika pengakuan Warisan Mesyuarat Agung Khas dibuat pada tahun 2016, persoalannya bila tarikh Mesyuarat Agung Khas Warisan tahun 2016 di buat? 

Tidak ada hebahan media dan pemilihan Parti Pembangunan Warisan Sabah diuar-uarkan malah disiarkan oleh media. Tidak mungkin seorang yang kontroversi seperti Shafie Apdal tidak mendapat liputan media apatah lagi menang Presiden dalam sebuah parti yang telah sedia wujud sejak 2013.

Persoalan besar rakyat ialah bagaimana Parti yang diambil alih oleh Shafie Apdal ini dilakukan tanpa Mesyuarat Agung Parti dan terus meletakkan Shafie sebagai Presiden Parti Warisan begitu juga dengan AJK barunya? 

 
Shafie hadir ke ROS pun media lapor. Naik darah tinggi direman SPRM pun media lapor. 
Tapi Mesyuarat Agung Khas Warisan 2016 tiada siapa yang tahu! Misteri!

Pengakuan Warisan ini membuktikan dengan jelas bahawa Setiausaha Agung Warisan baru menggunakan Minit Mesyuarat Agung Parti Pembangunan Warisan Sabah yang PALSU bahawa Mesyuarat Agung telah dibuat beserta pemilihan AJKnya untuk didaftarkan semula kepada ROS.

Jika kita melihat semula kronologi Shafie Apdal keluar parti sehingga pengambil alihan Parti Pembangunan Warisan Sabah tidak mungkin Shafie Apdal hadir atau sempat mengikuti mesyuarat itu. Jika ada pun pasti media dapat menghidunya.

Amat jelas dari kronologi itu Shafie Apdal hanya mempunyai masa mengambil alih Parti Pembangunan Warisan Sabah sekitar bulan September dan Oktober 2016. Sekali lagi bila Mesyuarat Agung Parti Pembangunan Warisan Sabah itu dibuat? Dicelah mana? Apakah Ogos 2016 sebelum 22 September 2016? Tiada siapa pernah tahu!

ROS meluluskan perubahan nama, logo dan AJK pada 17 Oktober 2016 pasti berdasarkan Minit Mesyuarat Agung parti yang PALSU! Bukankah sepatutnya berita pemilihan Parti Warisan ketika itu Shafie Apdal menang pemilihan sebagai Presiden baru dan Fred Gabriel mengaku kalah! Rakyat Sabah terlepas drama ini.

Jika benar Mesyuarat Agung Khas Warisan dibuat 2016 ada baiknya Setiausaha Agung Warisan Loretto Damien S. Padua JR mendedahkannya kepada rakyat Sabah serta penyokong Warisan yang mahu tahu.

Memang benar Shafie Apdal tidak boleh menandatangani watikah calon PRU ke 14 untuk Warisan jika esok atau Mac sebelum Warisan AGM pun. Tapi apa masalahnya? Fred Gabriel lah yang tandatangan. Shafie dan lain-lain tetap boleh bertanding. Cuma mengapa tidak didedahkan penipuan ini? Mengapa harus terus membodohkan pengikut Warisan?

Sekali lagi yang dipersoalkan netizen dalam isu pengambil alihan Parti Warisan ialah bagaimana tanpa Mesyuarat Agung Parti Shafie Apdal boleh menjadi Presiden Parti begitu juga dengan AJK barunya? 

Yang ni pun Pengarah Komunikasi Presiden Warisan DSSA kelam kabut menjawabnya seolah-olah Parti Warisan tidak mempunyai Setiausaha Agung Parti. Lebih baik Loretto sebagai Peguam letak jawatan sahaja. Bermakna Warisan sebuah parti haram. 

 Nasiblah Warisan ini tak dibatalkan lagi. Harap Anifah Aman lapor ROS supaya gagalkan parti tak sah ini. Kalau Warisan haram
boleh lapor polis elok juga Anifah lapor pada ROS. Pilihan raya sudah hampir. Mari lihat mana lebih penting.

 

 

8 Comments