Ewon perlu lawan Madius Tangau jawatan Presiden pulihkan UPKO yang teruk
18:05 May 14, 2022  |  By SabahKini2
Ewon perlu lawan Madius Tangau jawatan Presiden pulihkan UPKO yang teruk

UPKO yang kalah teruk dalam PRN Sabah tahun 2020 tiada pilihan perlu menukar tampuk kepimpinan jika mahu Upko pulih. Imej khianat pemimpin Upko melekat dalam fikiran rakyat menyebabkan Upko ditolak rakyat

Selepas malap dan lemahnya parti Upko di bawah pimpinan Wilfred Madius Tangau kini Naib Presiden Upko Ewon Benedick dilaporkan bakal bertanding merebut jawatan presiden parti itu, pada pemilihan akan datang.

Sumber yang rapat kepada Ewon mengesahkan perkara itu.

“Ramai yang menyokong hasrat Ewon itu terutama pemimpin dan ahli-ahli daripada sayap parti iaitu pemuda, wanita dan generasi muda (GEM) Upko,” kata sumber itu.

Pemilihan Upko dikatakan bakal diadakan tahun ini, namun belum dapat dipastikan bila ianya akan berlangsung.

Kegagalan Wilfred Madius Tangau dalam PRN Sabah 2020 yang hanya menang 1 kerusi di Dun Kedamaian memalukan Upko apatah lagi Presidennya tewas di Dun Kiulu dalam Parlimen Tuaran.

Pengkhianatan Wilfred Madius Tangau, Upko dalam PRU-14 dengan menyertai gabungan Warisan memburukkan pencapaian parti itu yang hanya dilihat mengejar jawatan untuk kepentingan peribadi.

PRN Sabah 2020 membuktikan rakyat menolak Upko dan memilih Gabungan Rakyat Sabah -BN.

Ewon mempunyai ruang besar untuk memulihkan Upko yang kini seperti hidup segan mati tak mahu. Sama ada UPKO teruskan gabungan dalam PH atau Warisan

 

 

1 Comment