Tipu cukai jualan: SPRM tahan pegawai MOF Sabah, Dr. Wong Kwi Lian pemilik BELL Group beri alasan sakit elak SPRM
15:05 May 18, 2022  |  By SabahKini2
Tipu cukai jualan: SPRM tahan pegawai MOF Sabah, Dr. Wong Kwi Lian pemilik BELL Group beri alasan sakit elak SPRM

Rasuah RM700,000 dua pegawai MOF ditahan SPRM. Semuanya kerana Syarikat Sawit BELL Group menipu dan cuba mengelak bayar cukai jualan. Bagaimanapun pemilik BELL Group Datin Dr. Wong Kwi Lian tidak hadir siasatan SPRM beli alasan sakit.

KOTA KINABALU: Susulan laporan penipuan dan mengelak cukai jualan Sabah minyak sawit oleh Syarikat BELL Group Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan dua individu yang terlibat dengan kegiatan meminta dan menerima rasuah berjumlah kira-kira RM700,000.

Menurut sumber dua individu yang juga pegawai kanan di MOF Sabah dan pesara kerajaan itu didakwa menerima rasuah terbabit daripada syarikat Kilang Sawit BELL Sdn Bhd sebagai balasan untuk melindungi aktiviti pemalsuan pengisytiharan cukai jualan minyak sawit mentah setiap bulan kepada Kementerian Kewangan Sabah (MOF).

Katanya tindakan kedua-dua pegawai itu  menyebabkan kerugian jutaan ringgit kepada Kerajaan Negeri Sabah.

“Suspek ditahan pada jam 11 pagi ketika hadir di pejabat SPRM Sabah semalam,” katanya.

Sementara itu Pengarah SPRM Sabah Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu.

Beliau berkata kedua-dua suspek kini ditahan selama 24 jam untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. 

“Permohonan reman bagi suspek dijangka akan dibuat di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu.

“Kita juga tidak menolak kemungkinan beberapa tangkapan susulan akan dibuat berhubung kes ini,” katanya.

Pemilik Syarikat BELL CORPORATION SDN. BHD tidak hadir kerana sakit

Sumber juga mendedahkan pemilik Syarikat Kilang Sawit Bell Sdn. Bhd (BELL Group)  yang berpengkalan di Subang Jaya Selangor  Datin Dr. Wong Kwi Lian tidak hadir dalam siasatan itu atas alasan sakit

Sabahkini2 sebelum ini mendedahkan Syarikat Bell Corporation Sdn Bhd dimiliki Datin Dr. Wong Kwi Lian dan Sam D’Bel Low Kok Sun dengan pendapatan tahunan lebih RM252.9 juta dengan keuntungan kilang sawit lebih 40.7 juta didapati membuat pengisytiharan cukai palsu dengan tujuan menipu Kerajaan Negeri.

[ARAHAN BERKAITAN- Kilang Sawit Bell milik BELL Group pendapatan tahunan RM59.2 juta, bakal didakwa tipu cukai jualan di Sabah ]

 

Datin Dr. Wong Kwi Lian pengasas BELL Group pasti akan ditangkap selepas ini susulan tertangkapnya dua pegawai MOF Sabah semalam.

 

2 Comments