Kerajaan hapus permit import untuk jamin keselamatan makanan negara
16:05 May 19, 2022  |  By SabahKini2
Kerajaan hapus permit import untuk jamin keselamatan makanan negara

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan tersebut dibuat dalam mesyuarat Kabinet hari ini sebagai langkah penting dalam menjamin keselamatan makanan di negara ini

CYBERJAYA: Tindakan kerajaan kelmarin yang mengumumkan untuk memansuhkan Permit Import (AP) bahan makanan dari luar negara ke Malaysia pastinya merupakan satu langkah proaktif bagi memastikan Malaysia tidak terputus bekalan makanan dan sekaligus menjamin kesalamatan bekalan makanan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan tersebut dibuat dalam mesyuarat Kabinet hari ini sebagai langkah penting dalam menjamin keselamatan makanan di negara ini.

Menurut beliau, dengan pemansuhan keperluan permit itu, ia bermakna sesiapa sahaja boleh mengimport makanan ke negara ini tidak terhad kepada pihak tertentu sahaja.

Kita buka kepada sesiapa sahaja untuk mengimport makanan masuk ke negara kita. Kalau dulu ada bermacam-macam AP, mulai kelmarin tidak ada AP lagi diperlukan.

“Sesiapa sahaja boleh mengimport makanan dari luar untuk pastikan kita cukup bahan makanan,” katanya.

Untuk rekod Malaysia mengimport makanan yang diantaranya membabitkan kopi, koko, teh, rempah, bijirin dan sediaan bijirin serta bahan makanan untuk ternakan.

Kebergantungan terhadap import adalah untuk beberapa makanan antaranya makanan ternakan, sayur-sayuran dan buah-buahan dan Malaysia masih perlu mengimport komoditi makanan seperti makanan haiwan, baja dan sayur-sayuran beriklim sederhana seperti gandum, bawang dan ubi kentang.

Oleh itu dengan pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri itu ianya harus disambut baik kerana pastinya kerenah birokrasi yang dihadapi oleh pengimport makanan sebelum ini dapat dikurangkan dan sekaligus harga yang terbaik dapat diberikan kepada rakyat.

Sementara itu dengan penghapusan permit import bahan makanan ini juga pastinya pasaran akan menjadi lebih terbuka, menjadi mesra kepada perniagaan dan pasaran dan pastinya membawa masuk lebih banyak peluang ekonomi.

Ini pastinya membuka ruang ekonomi yang adil kepada rakyat di mana harga kini bergantung kepada penawaran dan juga permintaan dan pastinya harga pasaran akan kembali positif dan mesra kepada pengguna.

Kerajaan melalui MAFI yang diketuai oleh Datuk Seri Dr Ronald Kiandee juga harus dipuji kerana mencadangkan kepada kabinet untuk membuat pengumuman itu.

Dalam pada itu, Pastinya kerajaan juga mempunyai cara untuk menjaga pemain industri tempatan kerana pastinya harga yang ditawarkan mereka juga sangat kompetetif berikutan kos input pertanian di dunia juga semakin naik dan senario itu turut dialami diperingkat dunia.

Oleh itu, pastinya harga yang ditawarkan oleh produk import tidak terlalu ekstrim dengan produk tempatan namun berbicara dari segi kualiti dan kesegaran, pastinya pengguna akan diberi peluang untuk memilih produk mana yang mereka mahu miliki.

Kerajaan juga perlulah memperkasakan peranan pihak Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) kerana produk makanan ini haruslah mematuhi garis panduan yang ditetapkan kerana kita mahu hanya makanan yang diperakukan piawaiannya masuk ke dalam pasaran Malaysia dan isu Halal dan pengendalian makanan haruslah mencapai piawaian ataupun standard yang telah diperakukan.

Mengulas lanjut, seorang pemerhati tempatan iaitu coach Rizwan berkata keselamatan makanan kini merupakan fenomena global dimana dunia berhadapan kenaikan harga input pertanian dan ketidak tentuan yang berpunca dari pelbagai isu seperti peperangan Rusia dan Ukraine.

Katanya biarlah pasaran kini dibuat secara bebas dan tidak ada bentuk kawalan yang melampau agar lebih banyak pemain industri dapat dilibatkan dan sekaligus harga akan ditentukan oleh pasaran.

Mengambil contoh harga ayam yang mahal ketika ini,katanya ianya boleh menarik lebih ramai penternak memasuki bidang ini kerana permintaan semakin meningkat namun penawarannya berkurangan.

Katanya apabila penawaran dan permintaan sudah menjadi seimbang kelak ekoran lebih ramai pemain industri terlibat, pastinya harga akan menurun kerana itu adalah hukum ekonomi.

Dan nasihatnya kepada pengguna ketika ini, kita harus bertahan dahulu dengan keadaan semasa dan berbelanjalah dengan bijak sementara ekosistem pasaran kembali seimbang dan harga secara automatiknya akan kembali stabil dan menurun. -SM

Comment