Selepas SK Jambongan kini SK Tampat dan SK Terusan punya bekalan elektrik
17:02 Feb 15, 2018  |  By SabahKini2
Selepas SK Jambongan kini SK Tampat dan SK Terusan punya bekalan elektrik

Mahdzir Khalid tidak asing di Beluran

Tahniah dan syabas Menteri Pendidikan Dato’ Seri Mahdzir Khalid. Peka terhadap aduan dan kehendak rakyat.

Tahniah dan terima kasih Dato’ Seri Mahdzir Khalid Menteri Pendidikan Malaysia yang telah menyelesaikan projek legasi Tan Sri Muhyiddin Projek Solar Hibrid sejak 2014 yang tidak berfungsi sejak 2014 selepas SK Jambongan kini dua lagi sekolah telah selesai iaitu SK Tampat Sugut dan SK Terusan Sugut Beluran

SK TAMPAT SUGUT BELURAN

SK KAMPUNG TERUSAN SUGUT

Kini 3 sekolah sudah punya bekalan elektrik. Pasti anak-anak murid di kampung itu gembira. Gara-gara kontraktor yang tamak, jadi mangsa penduduk kampung dan yang dikutuk adalah Kementerian Pendidikan. 

Pendedahan Sabahkini2 dalam dokumentari “Sekolah Tanpa Bekalan Elektrik” SK Jambongan mendapat perhatian daripada Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan PPD Beluran.

Sekali lagi syabas Menteri Pendidikan Dato’ Seri Mahdzir Khalid. Peka terhadap aduan dan kehendak rakyat. Pemimpin seperti ini yang kita mahu.

 

 

Comment