Sabah akan mempermudahkan kegiatan perniagaan
21:05 May 26, 2022  |  By SabahKini2
Sabah akan mempermudahkan kegiatan perniagaan

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Kerajaan Negeri akan mempermudahkan kegiatan perniagaan atau ‘ease of doing business’ & mesra pelabur di Sabah dalam usaha mempertingkatkan kegiatan perniagaan serta menarik lebih ramai pelabur ke negeri in

KOTA KINABALU: Sabah mengalu-alukan kedatangan pelabur dan pelancong asing dari luar negara termasuk India bagi membantu merancakkan lagi sektor ekonomi dan pelancongan negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Kerajaan Negeri akan mempermudahkan kegiatan perniagaan atau ‘ease of doing business’ dan mesra pelabur di Sabah dalam usaha mempertingkatkan kegiatan perniagaan serta menarik lebih ramai pelabur ke negeri ini.

Beliau berkata demikian semasa menerima kunjungan hormat daripada Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, TYT B.N Reddy di pejabatnya di Menara Kinabalu, hari ini.

Hajiji yang juga Menteri Kewangan mengalu-alukan kunjungan B.N Reddy ke Sabah dan berharap hubungan baik dan kerjasama yang sedia terjalin diantara kedua pihak dapat ditingkatkan lagi.

“Pertemuan ini amat penting yang mana kami bersetuju untuk memperkasa hubungan strategik ini yang akan memberi manfaat besar bagi kedua-dua pihak,” katanya.

Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong.

Comment