Kredibiliti Peter musnah dalam kes tipu dokumen UMS kini kes AMLA, pecah amanah RISDA menanti!
10:05 May 27, 2022  |  By SabahKini2
Kredibiliti Peter musnah dalam kes tipu dokumen UMS kini kes AMLA, pecah amanah RISDA menanti!

Reman SPRM 2017! Kes tipu dokumen UMS sah Peter sabit bersalah. Kini kes Pengubahan wang haram (AMLA) RISDA & Pecah amanah sedang menanti. Peter melakukan rasuah bersama Shafie Apdal namun yang ke penjara ialah Peter. Jika Peter bijak dia heret Shafie

Kes rasuah Peter Anthony dan Shafie Apdal sejak 2017 merupakan kerja berterusan melihat Peter atau Shafie untuk disabitkan salah di mahkamah. Bezanya Shafie Apdal selamat buat masa kini selepas kesnya ditutup oleh Peguam Tommy Thomas tetapi kes Peter kekal aktif.

 
Info grafik 2017- Rasuah Peter dan Shafie

Direman SPRM bersama Shafie Apdal pada tahun 2017 kerana kes penyelewengan RM1.5B KKLW, RISDA dan kes tipu UMS dan akhirnya seperti dijangka kesalahan membunuh kredibiliti Peter paling cepat ialah kes penipuan dokumen kontrak UMS. 

Peter tidak pernah serik kerana beliau mudah dibaca apabila melakukan kesalahan bersama syarikatnya Asli Jati Engineering Sdn Bhd. Dalam kes AMLA, pecah amanah RISDA syarikat ini terlibat sama dalam pemindahan wang jutaan ringgit. Begitu juga ketika berkuasa menjadi Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah (Warisan) dalam kes konsesi selenggara jalan RM1.5bilion proksinya Safineh Doto Pengarah Asli Jati juga ada dalam syarikat konsesi itu. Jika SPRM bertindak pastinya kes ini juga akan mengheret Peter Anthony.

[ARTIKEL BERKAITAN- Skandal JKR RM1.5B: Mengejutkan! Kroni Peter Anthony dalam kes Michael Ubu RISDA diberi ratusan juta kontrak ]

 

 

Sekian lama pendedahan demi pendedahan, pertama kali Peter didakwa Seksyen 4(1)(a) dan 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 pada jun 2020. Bulan sama Peter didakwa lagi kes Seksyen 409 dan 109 bersubahat kes pecah amanah membabitkan pembelian tanah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) bernilai RM15,545,400.

[ARTIKEL BERKAITAN-Peter Naib Presiden Warisan 'Pencuri Wang RISDA' hadapi 5 pertuduhan RM8.75 juta

[ARTIKEL BERKAITAN- Peter Anthony didakwa lagi pecah amanah bersubahat Michael Ubu

Ketika diburu dan lari daripada SPRM

 

Kes-kes lain mungkin dilihat masih panjang dan ibarat berlari marathon ia mungkin mengambil masa bertahun-tahun untuk selesai berbanding pertuduhan menipu keterangan dan dokumen palsu yang secara teknikal mudah dibuktikan. SRPM pastinya tidak bodoh untuk menyediakan peluru tambahan ketika membuat tembakan ‘pertuduhan’ terhadap Peter.

Pertuduhan Seksyen 468 Kanun Keseksaan penipuan dokumen palsu akhirnya mensabitkan Peter dan memenjarakannya 3 tahun serta denda.


Peter Bersalah Tipu dokumen!

Datuk Peter Anthony dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan denda RM50,000 selepas didapati bersalah memalsukan dokumen berhubung kontrak penyelenggaraan Sistem Mekanikal dan Elektrikal (M&E) di Universiti Malaysia Sabah (UMS), hampir lapan tahun lalu.

Hakim Azura Alwi bagaimanapun membenarkan permohonan pasukan pembelaan agar pelaksanaan hukuman penjara tiga tahun terhadap Peter, 51, ditangguhkan sementara menunggu rayuan dilupuskan.

Mengikut pertuduhan, Peter, 51, sebagai Pengarah Urusan Syarikat Asli Jati Engineering Sdn. Bhd., didakwa memalsukan surat pejabat Timbalan Naib Canselor UMS bertarikh 9 Jun 2014, dengan memasukkan pernyataan palsu dengan niat digunakan untuk tujuan menipu.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di pejabat Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, bangunan Perdana Putra, Putrajaya antara 13 Jun dan 21 Ogos 2014.

Ketika membacakan alasan penghakimannya, Azura berkata, tiada asas untuk meragui kredibiliti saksi-saksi pendakwaan terutama tiga saksi utama, sedangkan kerjaya dua daripada mereka turut terjejas selepas dikenakan tindakan tatatertib oleh UMS.

Mereka ialah Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UMS, Profesor Dr. Shariff Abdul Kadir S. Omang (SP8), Pendaftar UMS, Lt. Kol (K) Datuk Abdullah Mohd. Said (SP9) dan rakan Peter, Mohd. Shukur Mohd. Din (SP3).

Peter marah NC UMS gagalkan projek, 2 pegawai kanan UMS kena tindakan tatatertib surat palsu

Profesor Dr. Shariff Abdul Kadir S. Omang (SP8), Pendaftar UMS, Lt. Kol (K) Datuk Abdullah Mohd. Said (SP9)

 

Azura turut menyatakan, tiada isu bahawa ketiga-tiganya mempunyai kepentingan untuk meletakkan kesalahan kepada tertuduh.

“Tiada keterangan menunjukkan pertuduhan terhadapnya bermotifkan kepada perbezaan pegangan politik seperti yang dikemukakan oleh pihak pembelaan,” ujar Azura.

Pada hemat hakim itu, walaupun tiada keterangan langsung yang menunjukkan Peter telah memalsukan dokumen, mahkamah bergantung kepada keterangan ikut keadaan bahawa Peter memasukkan pernyataan palsu pada tajuk surat TNC.

Azura berpendapat, hanya Peter mempunyai kepentingan untuk mendapatkan kontrak kerja-kerja penyelenggaraan dan bersungguh-sungguh mendapatkannya bagi kepentingan sendiri dan syarikatnya, Asli Jati Engineering.

Beliau bersetuju dengan hujah pendakwaan bahawa mustahil tertuduh tidak mengetahui status projek yang telah ditawarkan secara tender terbuka walhal Asli Jati Engineering adalah salah satu daripada lapan syarikat yang telah memasuki tender itu.

“Keterangan ikut keadaan jelas menunjukkan hanya tertuduh mempunyai peluang untuk melakukan pemalsuan dan segala tindakan dan siri kelakuan dibuat secara tidak jujur,” ujar hakim berkenaan.

Mahkamah juga berpendapat, wujud keterangan yang mencukupi bahawa tertuduh telah menipu ketiga-tiga saksi utama dengan mengaburi pemikiran mereka berhubung perkongsian pintar.

Azura turut berpendirian, keterangan saksi-saksi pembelaan tidak konsisten dan merupakan sesuatu yang difikirkan kemudian (afterthought).

Mahkamah tidak menerima pembelaan Peter bahawa beliau tidak mengunjungi pejabat Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri pada 13 Jun 2014 dan tidak menyerahkan surat sokongan itu.

Sebaliknya, Azura berpuas hati bahawa cop penerimaan pada surat sokongan adalah pada tarikh yang sama dan membuktikan hanya tertuduh mempunyai akses kepada pejabat Perdana Menteri.

Ke mana Peter?

Ke mana Peter selepas ini? Peter akan terus membuat rayuan demi rayuan kes mahkamahnya. Menangguhkan hukuman serta melawan kes lain yang sedang dibicarakan di mahkamah atau mungkin berhadapan kes baharu.

Paling penting jika Peter boleh didakwa dan sabit kesalahan mengapa tidak kes Shafie Apdal dibuka dan mengheret sama. Tanpa Peter siapalah Shafie Apdal. Mereka seperti belangkas.

 

 

5 Comments