Kampung Beringgis dan Kampung Kawang diwartakan sebagai rizab kampung
22:05 May 29, 2022  |  By SabahKini2
Kampung Beringgis dan Kampung Kawang diwartakan sebagai rizab kampung

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyampaikan surat warta kepada Pegawai Daerah Hadzlan Jabli, & di bawah warta bertarikh 12 Mei, 48.10 hektar diwartakan sebagai rizab kampung untuk Kampung Beringgis manakala 80.937 hektar untuk Kampung Kawang

PAPAR: Kerajaan Sabah telah mewartakan kawasan seluas 129.04 hektar sebagai tanah rizab kampung bagi Kampung Beringgis dan Kampung Kawang.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menyampaikan surat warta kepada Pegawai Daerah Hadzlan Jabli, dan di bawah warta bertarikh 12 Mei, 48.10 hektar telah diwartakan sebagai rizab kampung untuk Kampung Beringgis manakala 80.937 hektar untuk Kampung Kawang.

Majlis penyampaian surat warta berlangsung di kediaman Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawang, yang juga Pengarah Yayasan Sabah Datuk Gulamhaidar Khan Bahadar sempena majlis rumah terbuka Aidilfitri di Pengalat Besar hari ini.

Ketua Menteri turut menyampaikan cek bernilai RM600,000 kepada pengetua SM St Joseph Papar, Jenith Mahibol untuk pembinaan bangunan baharu sekolah, serta RM2 juta kepada ADUN Limbahau Datuk Juil Nuatim untuk pembinaan dewan masyarakat baharu, kedua-duanya sumbangan kerajaan negeri. 

Comment