MAFI segerakan subsidi peternak ayam bulat
17:05 May 30, 2022  |  By SabahKini2
MAFI segerakan subsidi peternak ayam bulat

Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, kerajaan sudah meningkatkan pemberian subsidi hampir RM70 juta berbanding RM40 juta sebelum ini.

Kuala Lumpur: Subsidi kepada penternak yang membekalkan ayam bulat di pasaran kini disegerakan.

Menurut Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee pemberian subsidi itu ketika ini meningkat kepada hampir RM70 juta berbanding RM40 juta sebelum ini.

Secara keseluruhannya, kerajaan telah memperuntukkan lebih RM729 juta bagi tempoh empat bulan ini.

“Sebab itu kita buat beberapa kali libat urus dengan pihak industri. Pada ketika ini mereka lebih memahami, lebih memenuhi syarat, dan sejak minggu yang lalu kelulusan yang diluluskan bertambah RM20 juta.

Menurut Ronald lagi, Sebelum ini sebanyak RM40 juta sudah dikeluarkan, dan sekarang hampir RM70 juta telah pun dikeluarkan kepada pihak industri. Jadi penyaluran subsidi perlu memenuhi syarat peraturan kewangan yang sedia ada dan kemeterian juga tertakluk kepada pengauditan yang akan dibuat pihak-pihak tertentu,” kata Dr. Ronald.

Sekiranya segala kriteria bagi permohonan subsidi itu dipenuhi peruntukan RM1.40 bagi sekilogram ayam akan diberikan, sekali gus meningkatkan untung penjualan ayam kepada penternak 

Comment