Bekalan ayam seluruh negara kembali stabil - Ronald Kiandee
00:06 Jun 01, 2022  |  By SabahKini2
Bekalan ayam seluruh negara kembali stabil - Ronald Kiandee

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, percaya ia berikutan tindakan yang telah diambil bagi memastikan bekalan keperluan 1.8 juta hingga dua juta ekor ayam sehari mampu dibekalkan.

Bekalan ayam di negara ini didapati mulai stabil sejak 10 hari lalu dan tidak berlaku kekurangan ketara dikesan di pasar basah, pasar tani dan pasar raya di seluruh negara.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, percaya ia berikutan tindakan yang telah diambil bagi memastikan bekalan keperluan 1.8 juta hingga dua juta ekor ayam sehari mampu dibekalkan.

“(Mulai esok) kerajaan menghentikan eksport pada ketika ini semata-mata untuk memastikan bekalan ayam tempatan dapat dipenuhi,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke Dinding Poultry Development Centre di Segari dan Kampung Acheh, Sitiawan, dekat sini hari ini.

Menurut beliau, pemberhentian eksport itu bagaimanapun hanya bersifat sementara sehingga bekalan keperluan ayam tempatan dapat dipenuhi.

Pada masa sama, jelas beliau, kerajaan masih menetapkan harga siling pada harga RM8.90 sekilogram (kg) dan menampung kenaikan harga disebabkan kenaikan kos input makanan, dalam bentuk subsidi.

Setakat ini, sebanyak RM71 juta subsidi sudah dibayar daripada keseluruhan RM730 juta disediakan di bawah Skim Kawalan Harga Keluarga Malaysia sejak 5 Februari lalu.

Justeru, pihaknya meminta lebih ramai pihak industri tampil ke hadapan untuk membuat tuntutan subsidi masing-masing.

"Tuntutan subsidi ini akan berakhir pada 5 Jun ini, bagaimanapun selepas tarikh itu ia masih boleh diproses. Proses sudah dipercepatkan sekarang dan task force (pasukan petugas) juga sudah dibentuk dengan lebih ramai kakitangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar dibabitkan sama," katanya.

Sebelum ini penternak ayam mengkritik Jabatan Perkhidmatan Veteriner (DPV) kerana dilihat sengaja melengahkan bayaran subsidi sehingga Menterinya Datuk Seri Ronald Kiandee mengarahkan pembayaran segera dibayar kepada penternak ayam.

1 Comment