Patutlah Lim Guang Eng dan DAP bangga sangat! rupanya..
Rupanya bekas Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Datuk Maimunah Mohd Sharif kesayangan Lim Guan Eng Pengarah Eksekutif di UN-Habitat penyelaras Forum Bandar Sedunia ke-9 (WUF9), yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dari 7 hingga 13 Februari 2018.
Dato’ Sri Anifah Aman Menteri Luar Negeri dalam kenyataan medianya menjelaskan bahawa penyertaan Delegasi Israel adalah berdasarkan jemputan yang dikeluarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), melalui agensinya Program Penempatan Manusia PBB (UN-Habitat) selaku penganjur WUF9 yang mana selaras dengan penyertaan dalam Forum itu dibuka antara lainnya kepada keseluruh keanggotaan PBB dan mana-mana Agensi Khususnya (Specialized Agencies).
Netizen mempersoalkan kehadiran delegasi Israel ke negara ini namun kehadiran mereka menggunakan passport diplomatik di bawah keistimewaan sebagai pegawai PBB.
Maimunah mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Datuk Bandar MBPP, berkuatkuasa, pada 31 Disember tahun lalu dan mengetuai UN-Habitat, iaitu agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memperbaiki kehidupan di bandar yang pesat membangun.
"Saya juga akui perkara ini adalah satu cabaran besar kepada saya selepas dilantik untuk menjawat jawatan berkenaan. Bagaimanapun, saya yakin dapat mengharumkan nama Malaysia di mata dunia," katanya ketika mengumumkan peletakkan jawatannya sebagai Datuk Bandar.
Kini nampaknya Datuk Maimunah Mohd Sharif memang terkenal dan kontroversi dengan penganjuran Forum ini.
Kita juga berharap penganjuran program seumpama ini jika sekalipun sebagai syarat PBB perlu dirujuk secara mendalam kepada kerajaan terlebih dahulu. Jika tidak menjadi penganjurpun tidak mengapa asalkan tidak mencetuskan isu terutama kehadiran delegasi Israel yang menggunakan tekanan PBB.
Akhbar The Jerusalem Post pula menulis, kerajaan Malaysia yang anti-Israel membenarkan penyertaan tersebut dengan rasa berat hati, dongkol (begrudgingly) setelah Israel menggunakan tekanan diplomatik yang kuat kepada Setiausaha Agung PBB.
Apapun harap Datuk Maimunah Mohd Sharif sebagai Pengarah Eksekutif UN-Habitat bukanlah sebagai agen Lim Guan Eng dalam PBB yang membawa perkara-perkara pelik di negara ini.
Pada tahun 2016 Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki mendakwa DAP ditawarkan dana RM 1.2 billion (USD 300 juta) oleh agen Israel pada PRU yang 13 yang lalu. Ia turut didedahkan oleh Mohamed Razali Abd Rahman yang merupakan bekas pegawai khas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng yang berjanji mahu menyaman terus berdiam hingga kini.