Pemberian Khas 40% : Badan peguam Sabah kata Kerajaan Pusat tidak konsisten
09:06 Jun 04, 2022  |  By SabahKini2
Pemberian Khas 40% : Badan peguam Sabah kata Kerajaan Pusat tidak konsisten

Menurut Presiden SLS, Roger Chin, Persatuan itu berpandangan Pengumuman yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan pada 14.04.2022 & Perintah diterbitkan dalam Warta Persekutuan pada 20.04.2022 di bawah Perkara 112D tidak konsisten.

Selaras dengan ketegasan Kerajaan Sabah yang  menetapkan  pendirian menuntut 40 peratus hasil kutipan kerajaan Persekutuan dari negeri ini yang selama ini dinafikan kerajaan pusat, Persatuan undang-undang Sabah (SLS) dilaporkan akan memulakan tindakan berkaitan isu Pemberian Khas 40% yang termaktub dalam  Perlembagaan Persekutuan.

Menerusi satu  kenyataan media badan peguam Sabah itu mengambil maklum mengenai pengumuman Kerajaan baru-baru ini dicapai antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.  

Menurut Presiden SLS, Roger Chin, Persatuan itu berpandangan bahawa Pengumuman yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan pada 14.04.2022 dan Perintah yang diterbitkan dalam Warta Persekutuan pada 20.04.2022 yang dikatakan di bawah Perkara 112D sememangnya tidak konsisten.

“ SLS berpandangan bahawa Pengumuman dan penerbitan dalam Warta sebagai Perintah 112D adalah jelas melanggar Perkara 112C yang dibaca bersama Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 112C.” 

“ SLS sebagai penjaga keadilan akan memfailkan tindakan minggu depan khususnya Permohonan Semakan Kehakiman, untuk mencabar Pengumuman bertarikh 14.04.2022 serta penerbitan Warta bagi Perintah yang dikatakan itu atas alasan ia adalah ultra vires.

Perkara 112D juga menetapkan “Apa-apa perintah Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara ini hendaklah dibentangkan di hadapan setiap Majlis Parlimen”

 

Pemberian khas geran

Baru-baru ini Kerajaan Persekutuan mengumumkan meningkatkan pembayaran bantuan pemberian khas kepada Sabah sebanyak 4.7 kali ganda daripada RM26.7 juta kepada RM125.6 juta bagi 2022.

Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, menerusi kenyataan memaklumkan kesepakatan itu dimeterai mengikut Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan. Ia susulan beberapa perbincangan dan rundingan antara Kementerian Kewangan dan Kerajaan Sabah, dengan kebanyakan terma dipersetujui pada 14 Februari lalu.

Kerajaan Pusat dan Sabah setuju Pemberian Khas kepada Negeri Sabah dinaikkan RM125.6 juta

Kali terakhir kajian semula berkenaan dibuat adalah pada 1969. Oleh itu Persetujuan berkenaan juga disifatkan sebagai petanda penting  untuk meneruskan perundingan tuntutan 40 peratus daripada hasil Sabah dan menjalankan kajian semula pemberian khas mengikut Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan.

Kerajaan Sabah berhak bergantung kepada formula asal seperti dinyatakan dalam Perkara 112C dan Bahagian IV Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan.

"Pelaksanaan kajian semula pemberian khas ini termasuk hak kedua-dua Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sabah untuk merujuk perkara itu kepada penaksir bebas (jika tiada persetujuan dicapai) seperti dinyatakan dalam Perkara 112D(6) Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun Kerajaan Sabah berharap pemberian khas daripada Kerajaan Persekutuan kepada Sabah akan terus ditingkatkan bagi membolehkan lebih banyak inisiatif berorientasikan rakyat dilaksanakan di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor, berkata beliau percaya pendekatan Keluarga Malaysia diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob boleh menjadi formula terbaik bagi menangani isu legasi serta kerjasama antara Sabah dan Kerajaan Persekutuan.

[ARTIKEL BERKAITAN- Kerajaan Pusat dan Sabah setuju Pemberian Khas kepada Negeri Sabah dinaikkan RM125.6 juta

[ARTIKEL BERKAITAN- Sabah harap pemberian khas lebih besar- Hajiji]

 

 

 

 

 

3 Comments