Shafie tuduh ADUN Kukusan terima imbuhan daripada Tan Sri Liew Yun Fah lompat PHRS
02:06 Jun 06, 2022  |  By SabahKini2
Shafie tuduh ADUN Kukusan terima imbuhan daripada Tan Sri Liew Yun Fah lompat PHRS

Seperti biasa setiap kali YB Warisan keluar parti, Shafie kata kerana ada imbuhan. Kini Rinal Jainal. Shafie tidak pernah menganggap ini karma politiknya sejak beli adun 12 Mei 2018. Sekalipun diugut dengan saman Adun-adun Warisan tetap keluar parti

Berang dengan tindakan ADUN Kukusan Rina Jainal, Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menuduh Rina menerima imbuhan sehingga mendorongnya keluar Warisan.

“Saya difahamkan dia sudah sign (tandatangan), saya tidak tahu apa dokumen. Tidak tahu berapa dia dapat, tidak boleh dielak,” katanya semasa mengulas keputusan ADUN Kukusan keluar parti.

Susulan itu, ADUN Kukusan itu akan turut dikenakan tindakan yang sama dengan ADUN Warisan lain yang keluar daripada parti sebelum ini.

Beliau berkata, sebahagian ADUN Warisan yang bertindak keluar parti sebelum ini telah diheret ke mahkamah kerana perjanjian yang mereka tandatangani semasa menjadi calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Menurut beliau, kepimpinan parti banyak membantu Rina untuk memenangi kerusi DUN tersebut. Jika dilihat, pada PRN lalu, Rina menang tipis dengan 10 undi.

“Dia (Rina) tahu kita bertungkus lumus membantunya dan Ahli Parlimen Kalabakan, Ma’mun Sulaiman sanggup korban, tumbangkan kakaknya yang bertanding melawan Rina.

Mengulas lanjut katanya, di peringkat bahagian Kalabakan, Warisan masih kekal teguh biarpun ada berbagai langkah diambil untuk menekan dan melemahkan Warisan.

Sumber berkata pergolakan Warisan Kalabakan telah lama berlaku antara Sarifuddin Hata (Adun Merotai), Ahli Parlimen Kalabakan Ma’mun Sulaiman dan Rina Jainal yang juga Ketua Wirawati

Tindakan Rina akan keluar parti sudah dijangka sejak tahun lalu namun tidak ramai menjangka Rina akan menyertai Parti Harapan Rakyat Sabah bekas pimpinan Datuk Seri Panglima Hj Lajim Hj Ukin itu yang kini dipimpin Presidennya Tan Sri Liew Yun Fah yang terkenal berpengaruh di Tawau.

Dengan penyertaan Rina bermakna kini PHRS mempunyai 1 kerusi berbanding komponen GRS lain seperti USNO dan SAPP.

Tan Sri Liew Yun Fah sebelum ini mengumumkan menyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan telah menghantar permohonan menyertai gabungan itu.

Netizen dalam komen-komen di laman sosial berkata ‘Karma Politik’ Shafie sedang berlaku sejak Warisan merampas kuasa daripada BN dengan cara membeli adun pada 12 Mei 2018.

13 Comments