29 Syarikat panel, DBKL nafi fitnah DAP lantik SCIB
21:06 Jun 12, 2022  |  By SabahKini2
29 Syarikat panel, DBKL nafi fitnah DAP lantik SCIB

Ennova Sdn Bhd bukan anak syarikat Sarawak Consolidated Industries Bhd tetapi anak syarikat BIT Group Sdn Bhd di Cyberjaya. Terbukti DBKL tak pernah lantik dan bayar SCIB. DBKL lantik 29 syarikat panel bukan satu syarikat.

Nampaknya tuduhan Pengerusi biro aduan DAP Lim Lip Eng terhadap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kononnya kontrak RM30.75 juta menggantikan 200 tiang lampu di Lembah Klang diberi kepada Sarawak Consolidated Industries Berhad (SCIB) adalah fitnah semata.

Hanya kerana kroni syarikat Lim Lip Eng tak dapat tender maka beliau menyerang DBKL.

Bagi DBKL adalah jelas mereka menafikan laporan media yang mengatakan pihaknya melantik Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB) untuk melaksanakan apa-apa kerja bagi pihak DBKL.

"DBKL tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak bagi melantik SCIB atau mana-mana anak syarikatnya untuk melaksanakan apa-apa kerja bagi pihak DBKL," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Sama ada DBKL menganugerahkan tender lampu itu kepada Ennova Sdn Bhd atau syarikat lain bukanlah isu kerana yang jelas DBKL tidak pernah melantik Sarawak Consolidated Industries Bhd atau anak syarikat SCIB Properties Sdn Bhd bagi kerja-kerja DBKL.

Jika Ennova Sdn Bhd melantik sub kontraktor sekalipun bagi kontrak kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pengoperasian (EPCC) bernilai RM30.75 juta ia bukan urusan DBKL. Dalam mana-mana tender kerajaan, agensi atau jabatan hanya merujuk kepada syarikat utama yang dilantik.

DBKL tidak perlu tahu siapa Sarawak Consolidated Industries Bhd. Keutamaan ialah kepada syarikat yang mendapat tender.

29 syarikat panel..

Menurut sumber Perkhidmatan kejuruteraan projek untuk penggantian tiang lampu pintar bersepadu DBKL itu dijangka bermula pada bulan ini dan berakhir pada Mei 2023.

Setakat ini DBKL telah melantik secara berperingkat 29 syarikat panel yang mempunyai lesen network facilities provider (NFP) sejak tahun 2013 bagi melaksanakan penggantian tiang lampu sedia ada kepada tiang lampu berintegrasi sistem pemancar telekomunikasi (dwifungsi) di sekitar Kuala Lumpur.

29 syarikat ya bukan satu syarikat! Menurut DBKL kos penggantian ditanggung syarikat.

“Segala kos penggantian tiang lampu ini ditanggung sepenuhnya oleh syarikat panel tersebut. Tiang lampu dwifungsi tersebut merupakan tiang lampu jalan yang diintegrasikan dengan pemancar telekomunikasi.

“Apa-Apa nilai kontrak atau kuantiti yang dinyatakan SCIB adalah di luar pengetahuan DBKL,” menurut kenyataan itu.

DBKL berkata rasional pembinaan tiang lampu dwifungsi itu adalah bagi meningkatkan perkhidmatan telekomunikasi di Kuala Lumpur kepada rangkaian 5G selaras dengan hasrat kerajaan untuk menyiapkan infrastruktur berkenaan di ibu kota secepat mungkin. 

"Tujuan utama adalah untuk meningkatkan kualiti dan liputan perkhidmatan komunikasi tanpa wayar seterusnya pengguna di ibu negara dapat menikmati kemudahan perkhidmatan 5G yang terbaik," katanya.

 

Ennova Sdn Bhd anak syarikat BIT Group Sdn Bhd

Jika DBKL kata 29 syarikat panel dilantik maka Ennova Sdn Bhd boleh jadi satu dari  panel syarikat itu. Bukan syarikat tunggal.

Semakan menunjukkan Ennova Sdn Bhd merupakan anak syarikat BIT Group Sdn Bhd berpejabat di No. 30-2, Jalan Putra Mahkota 7/7A, Seksyen 7, Putra Height, 47650 Jaya, Selangor Darul Ehsan.

BIT Group Sdn Bhd berpengkalan di Cyberjaya, Selangor. Kedua-dua syarikat ini dimiliki oleh adik beradik Mohamed Hasbi Yaacob (Group CEO), Hilmi Yaacob dan Hakimi Yaacob (Pengarah Ennova Sdn Bhd)

BIT Group bukan anak syarikat Sarawak Consolidated Industries Bhd.

Oleh itu syarikat Sarawak Consolidated Industries Bhd tidak mempunyai kuasa terhadap projek DBKL ini sekalipun jika mereka adalah subcon.

Bermakna DBKL tidak pernah membayar apa-apa kepada Sarawak Consolidated Industries Bhd sebagaimana dakwaan Lim Lip Eng DAP itu.

 

 

 

 

 

Comment