Kes perbicaraan Zahid: Muhyiddin, Shafie Apdal, KJ terima dana berjuta daripada UKSB
16:06 Jun 17, 2022  |  By SabahKini2
Kes perbicaraan Zahid: Muhyiddin, Shafie Apdal, KJ terima dana berjuta daripada UKSB

Perbicaraan kes Zahid Hamidi dengan UKSB akhirnya memetik nama-nama pemimpin bekas Menteri yang pernah menerima dana UKSB. Semua pihak boleh membuat penafian atau SPRM menyiasatnya.

Nampaknya satu persatu nama Menteri dan bekas Menteri disebutkan oleh bekas pengurus pentadbiran Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) di Mahkamah Tinggi dalam perbicaraan kes Ahmad Zahid Hamidi bahawa Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal dan Khairy Jamaluddin (KJ) menerima dana daripada syarikat itu.

David Tan berkata, Muhyiddin menerima RM1.3 juta antara Jun dan Ogos 2018.

Semalam, Tan memberitahu mahkamah, beliau menyimpan lejar bayaran yang dibuat kepada Zahid antara 2014 hingga 2018. Katanya, nama dalam lejar itu terdiri daripada “menteri, ahli politik dan penjawat awam”.

Dalam pemeriksaan balas oleh peguam Hamidi Mohd Noh  Tan berkata, nama Muhyiddin, Shafie, KJ dan beberapa lagi bekas menteri turut dicatatkan dalam lejar itu di bawah nama kod.

Tetapi, Tan tidak mendedahkan jumlah wang yang dibayar kepada Shafie Apdal.

Muhyiddin pula ketika itu ialah menteri dalam negeri di bawah pentadbiran Pakatan Harapan, manakala Shafie ialah ketua menteri Sabah.

UKSB adalah syarikat yang mengendalikan sistem visa luar negara (VLN) untuk pelancong China. Mereka dilantik oleh kerajaan pada 2016. Blog Wee Choo Keong banyak mendedahkan butiran UKSB ini.


Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani (Wan Badak) Pengarah UKSB

Syarikat itu terbabit dalam pertuduhan kess Zahid, dengan bekas timbalan perdana menteri itu dibicarakan atas 33 tuduhan rasuah.

Sebelum ini, mahkamah mendengar keterangan bekas pengarah UKSB, Harry Tan dan Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani (Wan Badak) yang berkata, syarikat itu membuat bayaran tunai berjuta-juta dolar Singapura kepada Zahid dari 2014 hingga 2018 berhubung kontrak VLN.

Wan Quoris dilaporkan berkata, bantuan kewangan kepada Zahid itu bertujuan mengukuhkan kedudukan mereka sebagai kontraktor Kementerian Dalam Negeri.

Bukan lagi rahsia Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani merupakan budak KJ dalam politik dan di kementerian.

Maka tidak hairanlah Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin turut dilapor menerima dana politik RM3.7 juta daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB).

David Tan Siong Sun, Bekas Pengurus Pentadbiran UKSB, juga memberitahu Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menerima sumbangan dana politik RM1.3 juta daripada daripada syarikat itu pada 2018.

Turut dipetik  nama ialah Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Anifah Aman. Pihak yang disebut pastinya akan membuat penafian memandangkan ia hanya maklumat dalam pendrive tanpa bukti.

Ketika pemeriksaan balas oleh peguam Ahmad Zahid, Datuk Ahmad Zaidi Zainal; Siong Sun berkata, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh menerima sumbangan wang tunai RM300,000 pada 4 Jun 2018; RM500,000 (4 Julai 2018) dan RM500,000 (23 Ogos 2018) berdasarkan buku lejar syarikat itu.

Saksi pendakwaan ke-17 itu berkata, kod nama ‘TSM’ dalam lejar ialah Tan Sri Muhyiddin, manakala ‘Team Pagoh’ adalah nama projek.

“Saya setuju projek UKSB di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan sumbangan diserahkan untuk kerajaan pada masa itu. Muhyiddin adalah Menteri Dalam Negeri selepas Ahmad Zahid pegang jawatan berkenaan.

“Saya juga mengesahkan Khairy menerima dana politik RM3.7 juta daripada UKSB, manakala Reezal Merican menerima dana antara RM200,000 hingga RM300,000 secara sekali daripada syarikat,” katanya.

Pada 10 Mei 2018, Pakatan Harapan (PH) meraih majoriti mudah di Parlimen untuk membentuk kerajaan sebelum Muhyiddin dilantik Menteri Dalam Negeri bermula 21 Mei 2018 hingga 24 Februari 2020.

 

1 Comment