Timbalan Pengarah Pusat Khidmat Kontraktor Sabah dituduh 46 kes rasuah
18:06 Jun 20, 2022  |  By SabahKini2
Timbalan Pengarah Pusat Khidmat Kontraktor Sabah dituduh 46 kes rasuah

Terima rasuah RM55,020 sejak julai hingga november 2020. Mahryatty Ag Bahrin Timbalan Pengarah Pusat Khidmat Kontraktor Negeri Sabah dituduh di mahkamah 46 kes rasuah.

Seorang penjawat awam  berpangkat Timbalan Pengarah di sebuah sebuah agensi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC)disabitkan sebanyak 46 pertuduhan sebagai penerima rasuah berjumlah RM55,020 di Mahkamah Khas Sesyen di sini hari ini.

Tertuduh Mahryatty Ag Bahrin iaitu Timbalan Pengarah Pusat Khidmat Kontraktor Negeri Sabah dituduh atas kesalahan meluluskan Sijil Taraf Bumiputera CIDB dengan menerima suapan.

Beliau menerima suapan di tiga lokasi Maybank Karamunsing, Kota Kinabalu, Pejabat Pusat Khidmat Kontraktor Sabah dan Sipitang berjumlah lebih RM55 ribu daripada beberapa kontraktor ke dalam akaun maybank peribadinya sejak julai 2020 hingga November 2020 sebagai dorongan untuk melakukan suatu perkara yang mungkin berlaku iaitu membantu meluluskan permohonan Sijil Taraf Bumiputera (STB)

Turut didakwa ialah Syarafi Syahir Bin Kasah seorang agen PKK yang suapan berjumlah RM 4300 tunai daripada Mohd Iskandar Bin Rizman  yang dimasukkan daripada akaun Maybank syarikat Nazneen Enterprise ke dalam akaun peribadi Maybank miliknya antara bulan julai hingga november 2020.

Mahkamah menetapkan 21 Julai ini untuk pengurusan kes dan membenarkan ikat jamin RM25,000 tetapi hanya RM10,000 yang perlu didepositkan kepada penjamin tempatan.


Syarafi Syahir Bin Kasah 

Kesemua pertuduhan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 telah dibaca dan tidak ada pengakuan direkodkan terhadap oleh tertuduh.

Butirang lengkap pertuduhan seperti berikut;

 

 

Comment