SPRM Sabah bangga kes RM650! Rasuah ‘jalan hantu’, kes Diana Low BELL Group bila nak tangkap?
11:06 Jun 21, 2022  |  By SabahKini2
SPRM Sabah bangga kes RM650! Rasuah ‘jalan hantu’, kes Diana Low BELL Group bila nak tangkap?

Benarlah kata orang Pengarah SPRM Sabah ni 'cap ayam'. Kes RM650 dia bangga umum di media masa. Macam tangkap RM650 juta. Tapi kes selenggara 'Jalan Hantu' claim berjuta jalan tak buat serta kes Diana Low BELL Group sehingga sekarang senyap! Bila?

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah memaklumkan media menahan seorang lelaki Pemegang pas IMM13 berusia 38 tahun kerana cuba merasuah pegawai polis sebanyak RM650 kerana kesalahan memandu tanpa lesen.

Dengan penuh bangganya Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy mengesahkan tangkapan itu.

“Suspek ditahan selama 24 jam untuk siasatan lanjut dan tangkapan itu adalah hasil kerjasama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta SPRM Sabah dalam usaha membanteras gejala rasuah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009,” katanya.

Berita mengenai SPRM melakukan kerja-kerja tangkapan sememangnya bagus untuk menunjukkan SPRM buat kerja namun sebaiknya tangkapan bernilai RM 700 ke bawah tak perlu dihebahkan kepada media kalau smata-mata nak tunjuk kerja.

Sesuatu yang sangat ironis rasuah bernilai jutaan ringgit malah kes konsesi kerja-kerja jalan RM1.5 bilion sedikit pun SPRM Sabah tidak berani bertindak.

Begitu juga kes tipu cukai jualan sejak mei lalu melibatkan Puan Sri Diana Low BELL Group belum ditangkap hingga kini. 3 individu ditahan melibatkan pegawai MOF Sabah dan pesara namun Puan Sri Dr Liana Low masih bebas.

[ARTIKEL BERKAITAN- Tipu cukai jualan: Puan Sri Diana Low BELL Group yakin kebal SPRM, tidak akan ditangkap ]

Tipu cukai jualan: Puan Sri Diana Low BELL Group yakin kebal SPRM, tidak akan ditangkap

Benarlah kata orang Puan Sri Dr Liana Low ini kebal dan punya ‘kabel’ besar melindunginya.Jika tidak mana mungkin SPRM takut. Tidak malukah SPRM Sabah apabila Puan Sri itu memperlekehkan SPRM?

"Saya Puan Sri, mana boleh tangkap, saya ada 'kabel' banyak, SPRM pun tak berani tangkap". 

Bayar konsesi tetapi kerja selenggara tak buat!

Begitu juga dengan kerja-kerja jalan 4 konsesi jalan PBT/ Majlis Daerah. Sudahlah projek jalan hantu (Tak wujud), Claim dibayar tetapi kerja tidak dilaksana. Nilainya ratusan juta ringgit. Apa SPRM Sabah buat?

[ARTIKEL BERKAITAN- Selenggaraan Jalan JKR Sabah 'Sangat Teruk', SPRM tidur, kerajaan rugi RM145.1 juta bayar konsesi di 1755 ‘Jalan Hantu’ ]

Selenggaraan Jalan JKR Sabah 'Sangat Teruk', SPRM tidur, kerajaan rugi RM145.1 juta bayar konsesi di 1755 ‘Jalan Hantu’

Kes kecil rasuah RM650 dengan penuh bangga Datuk S Karunanithy mendabik dada buat kerja.

Ini saja kah standard S Karunanithy?

Kadang terasa lucu dengan sikap penguatkuasa kemaruk media buat kerja tetapi dalam masa sama menunjukkan kebodohan sendiri dengan kes ‘Cap Ayam’!

 

Comment