Lau dihantar bertugas ke Dubai oleh syarikat pengangkutan marin Malaysia yang berpangkalan di Miri, sebagai penyelaras projek di syarikat subsidiarinya di sana sejak lima tahun lepas.
PETALING JAYA: Jurutera awam Malaysia, Richard Lau akhirnya dibebaskan daripada penjara di Ras Al Khaimah, Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Lau,41, dilaporkan telah bebas pada Khamis selepas 10 bulan ditahan kerana didakwa mencuri wang gaji.
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman pada Rabu lalu tiba di Dubai bersempena lawatan kerja sehari turut bertemu dengan Lau.
Anifah turut mengadakan pertemuan dengan Pihak Berkuasa Ras Al Khaimah dan memohon pertimbangan agar Lau dibebaskan dengan jaminan, tertakluk kepada peruntukan undang-undang tempatan sementara menunggu kesnya disebut di mahkamah.
Adik jurutera itu, Antonio itu turut memuat naik status di Facebooknya mengucapkan terima kasih di atas pembebasan Lau.
"Syukur kepada Tuhan. Richard sudah keluar! Bersama Konsul Jeneral Malaysia di Dubai, Datuk Yubazlan Yusof.
"Terima kasih di atas usaha Datuk, menghabiskan masa sehari di penjara bersama pasukan dan berusaha untuk memastikan abang keluar hari ini," yang turut memuatkan naik gambar Lau bersama Yubazlan.
Mstar