Mohamaddin Ketapi umum keluar parti BERSATU
15:06 Jun 28, 2022  |  By SabahKini2
Mohamaddin Ketapi umum keluar parti BERSATU

Ahli Perlimen Lahad Datu Datuk Mohamaddin Ketapi yang baharu enam bulan menyertai parti BERSATU pada 26 November tahun lalu, mengumumkan keluar parti hari ini.

KOTA KINABALU: Ahli Perlimen Lahad Datu Datuk Mohamaddin Ketapi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama mengumumkan keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berkuat kuasa serta merta hari ini. (28 Jun)

Mohamaddin yang baharu enam bulan menyertai parti BERSATU pada 26 November tahun lalu selepas keluar daripada parti Warisan pada 30 Oktober tahun yang sama, kini mengumumkan keluar parti lagi.

“Saya tidak berkecil hati keluar dari Parti BERSATU, tetapi mesra kerajaan dan mesra kerajaan bererti masih menyokong kepimpinan kerajaan Sabah dan Persekutuan.

“Saya berterima kasih juga kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan mengucapkan “all the best” kepada beilau (Hajiji) untuk menghadapi pilihanraya akan datang,” katanya pada sidang media yang diadakan di Theatre Room, Marina Sutera pada Selasa.

Ditanya mengenai adakah beliau akan menyertai mana-mana parti, Mohamaddin berkata, buat masa ini beliau belum ada terfikir untuk menyertai mana-mana parti lagi. -SM

Comment