Sabah menerima dividen RM 6.1 juta dari PIB
16:06 Jun 28, 2022  |  By SabahKini2
Sabah menerima dividen RM 6.1 juta dari PIB

Pengerusi PIB Tan Sri Sukarti Wakiman berkata, jumlah itu diisytiharkan sebagai dividen satu peringkat sebanyak RM 6.18 juta pada 7.1 sen untuk setiap saham biasa bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Disember 2021.

KUALA LUMPUR: Kerajaan Sabah menerima dividen berjumlah RM 6.1 juta daripada anak syarikatnya Progressive Insurance Bhd (PIB).

Pengerusi PIB Tan Sri Sukarti Wakiman berkata, jumlah itu diisytiharkan sebagai dividen satu peringkat sebanyak RM 6.18 juta pada 7.1 sen untuk setiap saham biasa bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Disember 2021. 

Katanya dividen itu juga mewakili Pulangan Atas Modal Digaji (ROCE) sebanyak lima peratus kepada pemegang saham.

Pelaksanaan pemberian dividen diadakan dalam satu majlis di Pejabat PIB di sini dengan penyampaian replika cek kepada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor.

Sementara itu, Hajiji yang juga Menteri Kewangan Sabah memuji Lembaga Pengarah dan Pengurusan PIB diatas prestasi baik yang ditunjukkan meskipun berdepan cabaran pandemik COVID-19.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Sr. Safar Untong, Setiausaha Tetap dan Timbalan Pengerusi PIB Kementerian Kewangan Datuk Rusdin Riman, Ahli Lembaga Pengarah Mohamed Rifai Razi, Paul Chong Thian Soo, Chee Shok Ting, Abdul Aziz Zainal Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif PIB Simon Leong.

Terdahulu Hajiji diiringi Safar Untong menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob di Putrajaya.

Hajiji akan mengiringi Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin ke mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-259 yang berlangsung selama dua hari mulai 29 Jun depan.

Comment