Mohamaddin keluar parti, ahli politik bebas datang dan pergi kata Masidi
22:06 Jun 28, 2022  |  By SabahKini2
Mohamaddin keluar parti, ahli politik bebas datang dan pergi kata Masidi

"Tiada apa yang mahu diulas panjang mengenai tindakan itu. Parti politik adalah sebuah pertubuhan sukarela, Jadi sesiapa juga boleh datang dan pergi kata Masidi.

Timbalan Ketua Pimpinan Bersatu Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata sesiapa  juga ahli  politik datang dan pergi.

 "Ahli bebas datang dan pergi".

Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah itu beliau enggan mengulas lanjut mengenai tindakan Ahli Parlimen Lahad Datu, Adun Segama Datuk Mohamaddin Ketapi yang bertindak keluar parti itu sekali gus menjadi ahli Parlimen bebas.

"Tiada apa yang mahu diulas panjang mengenai tindakan itu. Parti politik adalah sebuah pertubuhan sukarela," katanya.

Mohamaddin memaklumkan perkara itu dalam sidang media di Kota Kinabalu hari ini.

Dalam kenyataannya beliau menjelaskan keputusan tersebut dibuat kerana beliau dan pengikutnya tidak diberikan peranan seperti yang dijanjikan untuk memperkukuhkan parti berkenaan sebelum ini.

Katanya, beliau telah dijanjikan peranan untuk memimpin parti di kawasan Parlimen Lahad Datu dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Segama, namun selepas lebih enam bulan, tiada sebarang peranan yang diberikan.

Mohammadin pada Oktober tahun lalu mengumumkan keluar Parti Warisan sebelum menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada bulan November tahun sama.

Dalam sidang medianya beliau sempat memberi kata-kata lawak bagi pihak yang menggelarnya ‘katak’. ‘Katak tiada pelajaran lompat parti sebagai Katak di bawah tempurung sebaliknya yang ada pelajaran katak di atas tempurung’.

 

2 Comments