Kerajaan Negeri tubuh Jawatankuasa Khas MOF Sabah dan LHDN benteras penyelewengan cukai
23:06 Jun 28, 2022  |  By SabahKini2
Kerajaan Negeri tubuh Jawatankuasa Khas MOF Sabah dan LHDN benteras penyelewengan cukai

Menteri Kerajaan Tempatan & Perumahan merangkap Menteri Kewangan II Datuk Seri Masidi Manjun menerima kunjungan hormat dari Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Datuk Mohd Nizom Sairi bersama rombongan di pejabatnya Menara Kinabalu

KOTA KINABALU: Dalam usaha memperkukuh ekonomi menuju fasa endemik, Kerajaan perlu mengoptimumkan kutipan cukai sedia ada dengan banyak ketirisan perlu ditutup.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun menerima kunjungan hormat dari rombongan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Mohd Nizom Sairi di pejabatnya, di Menara Kinabalu pada Selasa.

Dalam kunjungan itu, kedua-dua pihak telah membincangkan hal-hal berkaitan dengan isu percukaian.

Masidi yang juga Menteri Kewangan II, berkata antara lain yang dibincangkan dalam pertemuan itu iaitu Kerajaan Negeri melalui Kementerian Kewangan Sabah dengan kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengambil langkah strategik dengan menubuhkan satu Jawatankuasa Khas bagi mengatasi masalah berkaitan percukaian di negeri ini.

Katanya, tujuan utama pembentukan jawatankuasa itu adalah bagi memburu pihak yang lari dari cukai dan syarikat yang menyeleweng projek-projek kerajaan

"Selain terdapat pegawai-pegawai berpangkat tinggi yang terlibat dengan rasuah atau salah guna kuasa bersama syarikat-syarikat milik kerajaan," jelasnya.

Sehubungan dengan itu, Masidi turut menjelaskan fungsi penubuhan jawatankuasa itu adalah untuk membenteras habis-habisan terutamanya isu lari daripada membayar cukai jualan minyak masak dan syarikat konsesi selenggaraan jalan raya yang menyeleweng dana kerajaan menerima bayaran ratusan juta daripada kerajaan tetapi tidak melaksanakan tugasnya.

Justeru, langkah pembentukan jawatankuasa khas ini adalah tepat pada masanya, di saat rakyat benar-benar memerlukan pembelaan dengan keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat, sedikit sebanyak Kerajaan Negeri ini mengambil inisiatif yang lebih drastik dapat menyelesaikan segala masalah berkaitan yang dikenalpasti secepat mungkin selain kerajaan negeri dapat mengutip cukai meningkatkan pendapatan kerajaan.- SK2

 

 

 

3 Comments