Azis Jamman lupa Warisan pemberi 'Projek IC' kepada PTI di Sabah
01:06 Jun 30, 2022  |  By SabahKini2
Azis Jamman lupa Warisan pemberi 'Projek IC' kepada PTI di Sabah

Azis bising mengenai Kad warga asing tetapi lupa sejak Warisan berkuasa mereka mulakan dengan hal dokumen warga asing sehinggalah isu PSS. Terdapat bukti Shafie dan Azis beri sokongan beri dokumen warga asing..

Nampaknya selepas saja tidak berkuasa tidak menjadi Timbalan Menteri KDN tiba-tiba Azis Jamman Ketua Wira Warisan menjadi lebih pandai dengan hujah-hujah mengenai warga asing di Sabah. 

Katanya Pendigitalan Warga asing di Sabah hanya menggalakkan lagi kemasukan pendatang asing tanpa izin (Pati) ke negeri ini.

Jadi apakah Pengeluaran Kad Pas Sementara Sabah (PSS) yang dia perjuangkan dulu tidak menggalakkan Warga asing masuk ke Sabah? Warga asing akan terus masuk ke Malaysia dengan segala cara. Belum termasuk mereka yang punya keluarga IMM13 beranak pinak di Negeri Sabah.

Hakikatnya 22 bulan PH berkuasa 26 bulan Warisan memerintah negeri sebelum cadangan PSS pun Kerajaan Warisan rancak memberi dokumen kepada Warga asing. Dari awal Shafie Warisan berkuasa program pemberian surat beranak lewat, Projek IC, dokumen berkahwin warga asing dimudahkan, pemutihan warga asing, penyambungan IMM13, stateless, sindiket, kad MMC malah terbukti surat-surat sokongan kewarganegaraan Azis Jamman dan Shafie Apdal di Sabah. Kronologi-kronologinya sangat jelas.

[ ARTIKEL BERKAITAN- 20 bulan Kerajaan Warisan: Strategi dan kronologi menjayakan Pas Sementara Sabah (PSS) demi PTI! ]

[ ARTIKEL BERKAITAN- 7 Bukti Kerajaan Warisan utamakan PTI mengapa Darell Leiking nafi dan tidak ambil tindakan?

Projek IC 2: Shafie bantu dapatkan MyKad yang kahwin pendatang asing

sejak ogos 2018 (beberapa bulan selepas PRU) Warisan sudah mula buka meja demi PTI

Gerak kerja Shafie Apdal dan Warisan berterus terang dan tidak berselindung.
Ribuan hadir demi dokumen

Fakta-fakta ini tidak boleh dipertikai dan mempunyai bukti yang cukup banyak.

Sejak zaman Warisan tetap saja ada PTI yang masuk ke Sabah dengan menggunakan lorong tikus dan isu ini berlarutan hingga kini. Tetapi Azis juga tahu kerana dia bekas Timbalan Menteri KDN. Bukan juga rahsia kawasannya di Kg Numbak Sepanggar penuh dengan PTI setinggan. Apa dia lakukan di kawasan itu?

Kg Numbak Sepanggar- Kg PTI

Azis berkata Pas Sementara Sabah (PSS) dicadangkan kerajaan Warisan berbeza dengan kad warga asing kerana terbukti zaman Warisan kad PSS menjadi alat untuk mendapat kewarganegaraan sedangkan cadangan kad pendigitalan warga asing sekarang hanya sekadar seperti passport sedia ada, rekod dan data.

Sembang Azis mengenai kad PSS dan PTI hanya memakan diri sendiri kerana semua tahu Warisan mahu berusaha memberi 136,055 pemegang berdaftar dokumen IMM13, Kad Burung-Burung dan Sijil Banci di Sabah sebagai rakyat Sabah.

Di zaman Warisan berusaha menghalalkan PSS dalam masa sama mereka giat untuk memberi pelbagai dokumen sokongan sedangkan ketika cadangan pendigitalan warga asing hari ini tiada pula Kerajaan GRS terhegeh-hegeh memberi pelbagai surat sokongan menghalalkan PTI

Baca artikel pendedahan Sabahkini2 sebelum ini. Bukti-bukti melibatkan Shafie dan Azis Jamman terlibat memurnikan PTI. Sehingga kini tiada penjelasan dan jawapan Azis Jamman. Inilah punca Warisan ditolak rakyat dalam PRN Sabah selain usaha Warisan memenuhkan 'Sempornarian' di PPNS dan pegawai-pegawai daerah di Sabah.

1. Sindiket Dokumen Projek IC guna nama Azis Jamman

Satu tangkapan dibuat terhadap pemilik premis Areney Enterprise Kg Air Kota Kinabalu sindiket kad pengenalan. Beberapa borang dan dokumen ditemui. Borang itu dikatakan akan di hantar ke pejabat PUSAT KHIDMAT RAKYAT PARLIMEN SEPANGGAR, ALAM MESRA untuk di proses selama (3) bulan. Pihak pejabat tersebut seterusnya menghubungi semula apabila kelulusan diterima untuk proses penukaran IMM13 ke dokumen MYPR ( IC MERAH). Syarikat ini juga didakwa di mahkamah. Jadi kambing hitam pegawai dan agen-agen Azis Jamman.

[ARTIKEL 27 November 2018 -  Sindiket Dokumen 'Projek IC' guna nama Timbalan Menteri KDN terbongkar!


 

2. Syarikat MMC tipu PSS pernah dapat surat sokongan Timbalan Menteri (Azis Jamman)

Sekitar November 2019 kecoh Syarikat Mega Management Consultancy Sdn Bhd milik ‘Dato’ Sulu’  Dato’ Seri Saad Hj Ani Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang terlibat dengan dalam kegiatan pengumpulan data dan pengeluaran kad dokumentasi kepada warga asing terutama pendatang asing tanpa izin (PATI). Dokumen-dokumen syarikat itu terbukti disokong oleh Azis Jamman ketika itu.

[ARTIKEL - Mengejutkan! Syarikat MMC tipu PSS pernah dapat surat sokongan Timbalan Menteri ]

surat Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri KDN, Mohd Zaffwan Bin Ab Ghafar
bertarikh 25 Februari 2019 rujukan

KDN.TMDN.100-4/2/3 JLD3 (66) yang telah dicop terima oleh
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia pada 1 Mac 2019
berhubung syarikat Mega Management Consultancy Sdn Bhd itu.

 

Pada mulanya Azis Jamman tidak pernah mengaku surat ini namun selepas didedahkan beliau mengarahkan Jabatan Imigresen menjawab surat ini untuk memaklumkan status surat. Isunya Azis Jamman sebagai Timbalan Menteri KDN telah menyokong syarikat MMC ni.

3. Sindiket dokumen 'Projek IC' didalangi pemimpin Warisan

Bukan lagi rahsia pemimpin Warisan terang-terangan menjadi dalang. Sekalipun Azis Jamman menafikannya tetapi  Ketua Unit Kecemasan Jawatankuasa Penerangan Pusat Parti Warisan Sabah iaitu Kapten (Dr) Zulfikar bin Zulkifli melalui Pesuruhjaya Sumpah (No. PJS S163) ketika itu giat menyokong segala dokumen. Hari ini beliau tidak lagi bersama Warisan tetapi beliau saksi hidup mengenai operasi itu.

[ARTIKEL BERKAITAN- Sindiket dokumen 'Projek IC' didalangi pemimpin Warisan didedahkan, mengapa tak dakwa mereka? ]

 


Jika dulu hampir setiap minggu kita mendapat gambar viral mengenai acara-acara sindiket Warisan beri dokumen ini berbanding zaman sekarang Kerajaan GRS-BN tiada langsung berita seperti di atass. Mengapa? kerana ia sebahagian misi Kerajaan Warisan.

4. Shafie Apdal sokong pemimpin Warisan projek IMM13 dan PTI guna kad pengenalan orang mati

Isu ini sangat besar dan didalangi oleh pegawai JPN Negeri. September 2020 terbongkar, Shafie Ketua Menteri melindungi Rohana ‘Filipina IMM13’ AJK Wirawati Warisan Kalabakan mengguna IC ‘orang mati’ sebagai kad pengenalannya. Isu ini kecoh dalam PRN Sabah tahun 2020.

Surat Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Sabah bertarikh 26 Ogos 2020 mendedahkan status siasatan kes pemegang kad pengenalan Rohana Maksan nombor kad pengenalan 910226-12-6XXX . Shafie dilaporkan menyokong dokumen penama Rohana itu dan mengelak diambil tindakan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan JPN.

Rohana Maksan atau Fauziah nama sebenarnya dalam dokumen IMM13 merupakan Ahli Jawatankuasa Wirawati Bahagian Kalabakan dan  penyelaras Wirawati P.191 Kalabakan orang kuat Rina Jainal (Ketua Wirawati Kalabakan) calon Warisan DUN Kukusan. Suaminya Amir Husin Abdul Jalil merupakan AJK Bahagian Warisan Kalabakan. Mereka ini semua jentera kuat Warisan di Kalabakan. Selepas kecoh Warisan menutup mulut mengenaiinya. Pendedahan ini boleh dibaca dalam Sabahkini2.com

ARTIKEL - [VIDEO] Gempar! Shafie Ketua Menteri lindungi Rohana ‘Filipina IMM13’ AJK Wirawati Warisan guna IC ‘orang mati’ disiasat JPN ]

ARTIKEL -  Hipokrasi 2: Shafie tutup mulut kantoi Wirawati Warisan IC palsu! Mana JPN, Imigresen, SPRM?


Hipokrasi 2: Shafie tutup mulut kantoi Wirawati Warisan IC palsu! Mana JPN, Imigresen, SPRM?

 

Aduan dan video siasatan kes juga didedahkan

 

Begitu juga dengan kes Siti Halai Sandaluddin. Surat pemohon yang mengunakan nama Siti Halai Sandaluddin telah menulis surat kepada Shafie bagi mendapatkan sokongan. Melalui sijil kelahiran yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaraan Negeri (JPN) bertarikh 24 Ogos 1990 anak kepada wanita tersebut bukan merupakan warganegara Malaysia.

Shafie meminitkan surat tersebut dengan arahan “Datuk Pengarah Jabatan Pendaftaraan Negeri, sila beri bantuan,”. Manakala Francis Au Setiausaha Sulit Shafie Apdal ketika itu memanjangkan surat permohonan itu kepada Pengarah JPN Sabah untuk diberi kelulusan dan bantuan. 

[ARTIKEL BERKAITAN- Apa jadi kes IC ‘orang mati’ untuk pemimpin Warisan? SPRM wajib siasat Shafie Apdal, Azis Jamman! ]

 

Oleh itu cakap-cakap Azis Jamman mengenai kad warga asing dan PTI hanyalah mengata dirinya sendiri yang lebih teruk ketika Warisan berkuasa. Dia terlupa Warisan cuba 'mempilakkan' Sabah. 

 

3 Comments