Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kutipan dana pendidikan melalui Red Wine Presidency adalah kali pertama diadakan di Sabah.
KOTA KINABALU: Sejumlah RM2.5 juta berjaya dikumpul dalam satu Majlis Jamuan Makan Malam Pelancaran Dana Pendidikan Huazhong oleh Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS).
Dana berkenaan akan disampaikan kepada sekolah-sekolah Cina yang terpilih dari seluruh negeri ini.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kutipan dana pendidikan melalui Red Wine Presidency adalah kali pertama diadakan di Sabah.
"Penderma bukan saja boleh membantu dana pendidikan tetapi juga akan menerima red wine yang diperbuat khas atas nama-nama bekas Presiden dari Germany, Bulgaria, Africa Selatan dan Chile. Tahniah FCAS.
"Usaha dan initiatif yang dibawa oleh Tan Sri TC Goh bagi kutipan derma untuk kutipan dana pendidikan melalui Presidency Wine adalah situasi menang-menang untuk semua," katanya ketika merasmikan majlis berkenaan, semalam.
Beliau berkata, penderma akan mendapat red wine dan sekolah akan mendapat dana untuk pendidikan serta seterusnya Huazong dapat sumbangan Red Wine.
Katanya, beliau dimaklumkan bahawa terdapat sekolah yang mencapai jumlah derma sehingga RM1 juta.
"Tetapi ada juga yang mengalami masalah dan tidak mencapai KPI yang ditetapkan. Saya berharap Lembaga Pengarah perlu lebih aktif lagi bagi mengambil bahagian dalam aktiviti sekolah termasuk kutipan derma.
"Untuk mengharapkan dana daripada kerajaan sememangnya tidak mencukupi," katanya.