‘Kawtim 4 tahun berakhir’ KSU KeTSA, SUK Pahang pindahkan Pengarah Perhutanan Pahang JUSA C ke KL?
22:07 Jul 05, 2022  |  By SabahKini2
‘Kawtim 4 tahun berakhir’ KSU KeTSA, SUK Pahang pindahkan Pengarah Perhutanan Pahang JUSA C ke KL?

4 Tahun Kawtim. 2 penjawat awam naik pangkat dikorbankan semata-mata Hizamri Pengarah Perhutanan Pahang Gred JUSA C. Kini KSU KeTSA Dato’ Hj Rosli Isa & SUK Pahang tidak mahu bersekongkol. Nekad bakal pindahkan Pengarah Perhutanan Pahang JUSA C itu ke KL

Selepas KSU yang paling kanan dalam PTD iaitu Datuk Zurinah binti Pawanteh, KSU Kementerian Tenaga & Sumber Asli dipindahkan ke  Jawatan Penempatan Khas (Pool) kerana engkar dengan Menterinya Datuk Seri Takiyuddin Hassan pada April lalu kini kedudukan Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Pahang kembali panas.

Dua kali Dato’ Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin Pengarah Perhutanan Pahang itu mendapat surat perpindahan kenaikan pangkat ke Kuala Lumpur namun beliau berjaya menolaknya. Kali pertama melalui surat  bertarikh penempatan bertarikh 31 Mei 2019 dan kali kedua 22 Mei 2020. Kini kali ketiga surat penempatan mengenainya.

Dua Menteri juga tidak dapat menyelesaikan masalah Hizamri iaitu Dr Xavier Jayakumar (Menteri PH-PKR) dan  Dato' Dr. Shamsul Anuar Nasarah (Menteri BN).

[ARTIKEL BERKAITAN- Lebih berkuasa dari SUK Pahang, KPPSM: Hizamri Pengarah Gred 54 dilantik JUSA C 'sampahkan' PTD kanan ]

Datuk Zurinah Pawanteh  bekas KSU dianggap sebagai kakak angkat Mohd Hizamri Mohd Yasin tidak lagi mampu mempertahankan kedudukannya hanya bergantung kepada Dato' Indera Mohd Ridza Awang Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia untuk bertahan. Alasannya kini sangat rapuh dan menjadi bahan lawak dalam mesyuarat kementerian. 

Sumber daripada pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Dato’ Sri Salehuddin Ishak juga mahu memulangkan semula Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin. Bertahun Hizamri berlagak berkuasa berbanding SUK Pahang akhirnya Hizamri hampir pasti di kembalikan ke Ibu Pejabat JPSM.

Dalam beberapa siri mesyuarat kementerian dan SUK Pahang dibangkitkan kedudukan Hizamri sebagai Pengarah Perhutanan Gred JUSA C yang sepatutnya diisi di ibupejabat JPSM. Begitu juga sepatutnya pegawai yang naik pangkat ke Gred 54 menjadi Pengarah Perhutanan Pahang.

Mohd Hizamri Mohd Yasin telah menyekat dua pegawai sepatutnya mengisi perjawatan yang kosong. Dua pegawai selama 4 tahun yang naik pangkat dinafikan haknya.

Sikap Hizamri yang menjadi Pengarah Perhutanan Pahang di gred 54 namun masa sama naik pangkat Gred JUSA C sangat tidak bertanggungjawab. Apa yang seronok sangat di Pahang? Atau beliau mahu menjadi Pengarah Pahang selamanya. Mahu jadi Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia beliau melalui jalan sukar. 

Jawatan Gred JUSA C di Kuala Lumpur dikosongkan  semata-mata demi Hizamri! Dulu Hizamri sanggup menolak pangkat Gred JUSA C semata-mata mahu duduk lama di Pahang namun Zurinah Pawanteh  menolongnya membawa Gred JUSA C itu ke Pahang.

Kebalnya Hizamri, segala laporan aduan SPRM juga tidak lut kepadanya susulan desas-desus ‘kabel’ yang sering dijualnya. Hidup mewah di Pahang menjadikan dirinya tidak mahu keluar bertugas di Kuala Lumpur.

Apakah KSU baru Kementerian Tenaga & Sumber Asli Dato’ Hj Rosli Isa dan SUK Negeri Pahang Dato’ Sri Salehuddin Ishak mampu memindahkan Mohd Hizamri Mohd Yasin ke jawatan asalnya  di Kuala Lumpur? 4 tahun berlalu pastinya sangat janggal menggunakan alasan sama.

Apakah Dato’ Hj Rosli Isa yang terkenal lurus, berintegriti dan warak itu akan termakan dengan alasan-alasan Hizamri?  Kita sama-sama nantikan hasilnya. KSU KeTSA terkubur atau Hizamri berkuasa.

 
Beranikah KSU Dato’ Hj Rosli Isa?

2 Comments