DAP mengata Warisan, Shafie Apdal kata DAP sila cermin diri!
11:07 Jul 06, 2022  |  By SabahKini2
DAP mengata Warisan, Shafie Apdal kata DAP sila cermin diri!

Anthony Loke SUA DAP kata Shafie dan Warisan tiada Prinsip. Shafie pula kata sila cermin diri. Dua dua punya agenda. DAP mahu monopoli, Shafie Warisan pula kemaruk mahu jadi PM..

Drama perang mulut Parti Warisan (Warisan) dengan Parti Tindakan Demokratik (DAP) berterusan lagi.

Parti Warisan mengingatkan DAP agar cermin diri sendiri sebelum menuduh Warisan tidak berprinsip.

Presidennya, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, sejak daripada awal Warisan kekal dengan pendirian tidak mahu menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan kerajaan.

Pembangkang seperti DAP terlupa bahawa DAPlah tidak berprinsip sehingga sanggup menandatangani MOU dengan kerajaan. Mengata Warisan tidak berprinsip sesuatu yang tidak boleh diterima, sedangkan mereka yang tandatangan MoU dengan kerajaan.

“Jika dilihat di Perak, DAP juga bekerjasama dan menandatangani MoU, jadi persoalan di sini, siapa yang tiada prinsip. Adakah Warisan? Kita sangat konsistem biarpun banyak tekanan diberikan, orang kita dibeli dan ditekan hingga dibawa ke mahkamah dan dikejar oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Menurut Ahli Parlimen Semporna itu, semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) 2020, Warisan memberi ruang kepada DAP dan PKR masing-masing bertanding tujuh kerusi. DAP menggunakan logo Warisan.

Kemudian sehari selepas penamaan calon, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berada di Sabah untuk membantu calon PH kerana difahamkan ketika itu, Anwar perlu berada di Kuala Lumpur kerana mahu menghadap Yang diPertuan Agong.

Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Sabah, Datuk Christina Liew pada masa itu menyatakan Anwar telah mempunyai sokongan mencukupi dan perlu menghadap Agong.

“Kita di Sabah sedang menentang pihak lawan namun, ada pihak yang sibuk dengan perjanjian untuk menjadi Perdana Menteri jadi, biar rakyat menilai keadaan itu,” katanya

Untuk rekod Shafie Apdal juga mencadangkan dirinya sebagai PM baru PH selepas disokong oleh Dr Mahathir Mohamad.

Sejak itu Shafie menjadi obses dan secara diam-diam tidak menyokong Anwar sebagai PM9 selepas Muhyiddin Yassin meletak jawatan.

Menurut Shafie cadangan memilih beliau sebagai PM adalah perubahan terbaik pemimpin PM daripada luar Semenanjung kerana tidak pernah sebelum ini wakil dari Sabah atau Sarawak yang memegang jawatan tersebut.

“Saya tidak obses untuk jadi Perdana Menteri tapi saya lihat ini satu cadangan baik dan tidak jadi masalah kerana sudah 63 tahun negara kita merdeka tetapi tidak ada satu pun PM dari Sabah atau Sarawak.

“Takkanlah selama ini pemimpin negara hanya berada di Kedah, Johor, Pulau Pinang atau Pahang sahaja,” katanya

Shafie mengumumkan tidak akan bergabung dengan mana-mana parti politik sehinggalah PRU15 nanti. Mereka hanya akan bergabung dengan kerajaan yang menang atas alasan mempunyai mandat rakyat.

Buat masa ini Warisan menggunakan strategi mengaitkan gabungan dengan PBS bagi mengambil sokongan parti KDM terbesar Sabah itu.

1 Comment