Dalang Syarikat UC Travel Sdn Bhd tipu 380 bakal jemaah haji di KLIA terbongkar!
22:07 Jul 08, 2022  |  By SabahKini2
Dalang Syarikat UC Travel Sdn Bhd tipu 380 bakal jemaah haji di KLIA terbongkar!

Menyedihkan keluarga. Namun apa tindakan yang bakal diambil oleh pihak berkuasa? Insiden berulang ini nampaknya sukar di benteras. Kerugian mencecah jutaan ringgit.

Angkara syarikat ‘scammer’ UC Travel Sdn Bhd lebih 380 bakal jemaah haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana menjadi mangsa penipuan syarikat agensi pelancongan.

Mereka yang berkumpul di Aras 5, Balai Pelepasan KLIA dipercayai menggunakan visa furada untuk menunaikan haji dan tidak melalui Lembaga Tabung Haji (TH).

Visa furada ialah visa yang diuruskan sendiri dan dilaporkan dikeluarkan oleh Arab Saudi, tanpa membabitkan jumlah kuota yang diperoleh TH.

Suasana menjadi kecoh apabila ada Jemaah mengadu diarahkan ke KLIA kerana  penerbangan berlepas pada jam 4.30 petang, namun kemudiannya dimaklumkan ditangguh ke jam 7 malam. Semua dalam keadaan kelam kabut dan sebarang perubahan saat akhir tidak dimaklumkan apa-apa oleh wakil agensi pelancongan UC Travel Sdn Bhd.

Isu bermula apabila penerbangan demi penerbangan terus tertangguh atas alasan ada dokumen yang masih tidak lengkap. Begitu juga bakal Jemaah tidak pernah ditunjukkan tiket penerbangan dan visa untuk menunaikan haji.

Jemaaah juga memaklumkan ada kalangan mereka telah membayar kepada syarikat sehingga RM76,000 kepada agensi pelancongan untuk menunaikan haji bersama suami.

Atas kejadian itu lebih 20 laporan polis dibuat kepada salahlaku UC Travel Sdn Bhd. Polis juga telah memanggil agensi pelancongan tersebut.

Dianggarkan kerugian penipuan bakal jemaaah Haji mencecah RM22 juta.

Semakan menunjukkan surat tawaran UC Travel Sdn Bhd diberi kepada Jemaah padaa 12 Mei 2022 dan pembayaran pula kepada syarikat lain iaitu Destinasi UC Resources CIMB Bank 8605168449 bukan UC Travel Sdn Bhd.


Juga dikaitkan dengan JMK..

Youtuber Hashim Kawsin turut mendedahkan syarikat scammer ini

Semakan juga menunjukkan banyak iklan UN Travel Sdn Bhd menipu tak masuk akal syarikat ini bagi projek umrah dan haji mereka.

Berikut beberapa penama Ahli Lembaga Pengarah UC Travel

Siasat siapa di belakang UC Travel Sdn Bhd

UC Travel Sdn Bhd dalam kenyataan medianya memohon maaf atas insiden ratusan bakal jemaah haji yang terkandas di KLIA semalam menerusi aplikasi WhatsApp.

“Jutaan maaf dari pihak kami UC Travel. Kami sudah sedaya-upaya berusaha untuk terbangkan jemaah, tetapi kami tidak berjaya.

“Maka pihak kami akan membuat pemulangan wang kepada jemaah yang terlibat. Saya juga terkesan bila orang panggil kami scammer.

Bagaimanapun tidak dipastikan bagaimana pembayaran itu dikembalikan kepada Jemaah haji, kerana ada isu sebelum ini UC Travel tidak pernah memulangkan wang jemaah haji atau umrah.

Selain laporan polis siasatan turut dibuat di Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) di bawah Seksyen 8 (1) (d) Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482].

Malam tadi Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Ashari Abu Samah telah membuat tangkapan kepada 5 individu dan seorang pengarah syarikat UC Travel Sdn Bhd.

“Setakat ini ada lima tangkapan dua lelaki dan tiga perempuan, salah seorangnya adalah pemilik syarikat pelancongan itu, seorang agen di dalam saman yang dibuat, dan dua pekerja,” katanya 

4 Comments