Kesultanan Sulu cuba rampas aset Azerbaijan, namun Petronas sahkan telah jual kepada syarikat Rusia
00:07 Jul 13, 2022  |  By SabahKini2
Kesultanan Sulu cuba rampas aset Azerbaijan, namun Petronas sahkan telah jual kepada syarikat Rusia

Sejak oktober 2021 Petronas telah melupuskan aset di Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus hampir RM10 bilion kepada Syarikat Rusia LUKOIL. Waris Sultan Sulu mahu rampas? bolehlah minta dengan Rusia sekarang.

Gara-gara surat bekas Peguam Negara, Tommy Thomas yang diutus kepada Paul Cohen dan pihak timbang tara Dr Gonzalo Stampa akhirnya menjadi punca kepada tuntutan kes waris Kesultanan Sulu mahkamah di Sepanyol dan diarahkan untuk bayar gantirugi sebanyak RM63 bilion kepada keturunan Sultan Sulu mac lalu.

[ARTIKEL BERKAITAN- Surat Peguam Negara PH Tommy Thomas 2019 punca tuntutan RM63 bilion Waris Sultan Sulu terhadap Sabah ]

Surat Peguam Negara PH Tommy Thomas 2019 punca tuntutan RM63 bilion Waris Sultan Sulu terhadap Sabah

Sekiranya kita tidak bayar maka kita perlu serahkan wilayah Sabah kepada mereka.

Keturunan Sulu menyaman Malaysia pada tahun 2019 ketika pentadbiran kerajaan PH atas alasan Malaysia melanggar perjanjian 1878 antara kerajaan Sulu lama di Filipina dan wakil Syarikat Borneo Utara British yang pernah mentadbir wilayah yang kini Sabah setelah negara hentikan bayaran RM5,300 setiap tahun.

Bayaran tersebut dihentikan pada tahun 2013 selepas insiden pencerobohan Lahad Datu yang mengakibatkan pengorbanan 10 ahli anggota negara keselamatan.

Isu itu nampaknya tidak berakhir sekalipun Peguam Negara,Kerajaan Malaysia dan Wisma Putra telah bertindak menolak tuntutan itu melalui undang-undang.

Bagi bekas Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman semua ini berpunca kerana kelemahan Peguam Negara dan pengiktirafan Shafie Apdal sebelum ini kepada tuntutan Filipina terhadap Sabah. 

Rampasan asset Petronas

Terbaru media melaporkan Waris kesultanan Sulu yang menuntut AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) daripada Malaysia – cuba merampas dua anak syarikat gergasi minyak Malaysia Petronas yang diperbadankan di Luxembourg.

Menurut laporan Financial Times yang berpangkalan di London, peguam pihak yang menuntut merampas Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus, yang dilaporkan bernilai AS$2 bilion.

Peguam berkata bailif di Luxembourg merampas syarikat induk bagi pihak pelanggan mereka pada Isnin

Aset Petronas Azerbaijan telah dilupuskan

Petronas dalam satu kenyataan media mengesahkan bahawa dua anak syarikatnya di Azerbaijan telah menerima notis ‘Saisie-arret’, susulan laporan media bahawa aset dua syarikat terbabit dirampas waris Kesultanan Sulu.

"Petronas merujuk kepada laporan media Financial Times bertajuk 'Petronas subsidiaries seized as lawyers press $15bn claim on Malaysia'.

"Kami mengesahkan bahawa kedua-dua anak syarikat dalam laporan tersebut telah menerima notis ‘Saisie-arret’ pada 11 Julai 2022," katanya dalam satu kenyataan ringkas, malam ini.

 ‘Saisie-arret’ bermaksud hak tuan tanah untuk merampas harta penyewa.

Bagaimanapun Petronas mengesahkan kedua-dua anak syarikat Petronas terbabit telahpun melupuskan semua aset di Azerbaijan, sebelum ini.

"Petronas ingin menjelaskan bahawa kedua-dua anak syarikat itu, Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) S.à r.l. dan Petronas South Caucasus S.à r.l. telah melupuskan kesemua aset di Republik Azerbaijan dan hasil daripada pelupusan berkenaan telahpun dipulangkan (“repatriated”) dengan sewajarnya.

"Petronas menganggap tindakan yang diambil terhadapnya sebagai tidak berasas dan akan terus mempertahankan kedudukan Petronas dari segi undang-undang dalam hal ini," katanya.

Untuk rekod pada oktober tahun 2021 Petronas  telah menjual keseluruhan 15.5% kepentingannya dalam projek gas asli Shah Deniz di sektor Azerbaijan di Laut Kaspia kepada syarikat minyak dan gas Rusia LUKOIL dengan harga AS$ 2.25 bilion.(Hampir RM10 bilion).

Menurut laporan Theedgemarkets, setelah selesai penjualan, ekuiti LUKOIL dalam projek tersebut akan meningkat dari 10% kepada 25.5%. Pihak lain dalam projek ini adalah BP (operator, 28.8%), TPAO (19%), SOCAR (10%), NICO (10%), dan SGC (6.7%).

Ini bermakna Malaysia dan Petronas tidak lagi mempunyai kepentingan di Azerbaijan.

Keputusan penjualan aset gas Petronas di Azerbaijan itu ditentang keras oleh Pakatan Harapan tahun 2021 namun Datuk Seri Mustapa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) berkata penjualan itu adalah berdasarkan penilaian komersial jangka masa panjang serta pemampatan kos untuk menjamin daya tahan dan kecemerlangan operasi serta komersial.

Hari ini dilihat langkah penjualan kepada syarikat minyak dan gas Rusia LUKOIL itu dilihat tepat memandangkan faktor perang Rusia-Ukraine pasti memberi kesan kepada mana-mana aset Petronas.

Kesultanan Sulu mahu teruskan hasrat merampas aset LUKOIL milik Rusia ini?

 

 

 

 

1 Comment