Tiga pegawai Mara Corp akan didakwa minggu ini?
06:07 Jul 13, 2022  |  By SabahKini2
Tiga pegawai Mara Corp akan didakwa minggu ini?

Sumber memaklumkan tiga pegawai Mara Corp akan didakwa minggu ini. Mungkinkah rabu, khamis atau jumaat?

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan sudah mendapat arahan daripada Jabatan Peguam Negara bagi pendakwaan kes 3 pegawai Mara Corporation Sdn Bhd (Mara Corp) yang terlibat salah guna kuasa dan salah urus syarikat.

Menurut sumber SPRM  kesemua suspek berkenan akan dituduh di mahkamah minggu ini.

"Kertas siasatan dakwaan salah guna kuasa dan salah urus Mara Corp telah selesai dan telah mendapat kelulusan pendakwaan pejabat peguam negara sama rabu atau khamis ini, kata sumber itu.

Pertengahan Jun lalu portal MalaysiaGazette melaporkan Jabatan Peguam Negara didakwa tidak meneruskan pendakwaan bagi kes MARA Corp biarpun kertas siasatan lengkap sudah diserahkan SPRM sejak awal April lalu.

Bagaimanapun Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki menafikannya dan menegaskan tiada sebarang makluman diterima pihaknya berhubung pengguguran tiga individu yang disiasat dalam skandal integriti MARA Corp itu.

Sebelum ini, SPRM memaklumkan pihaknya sudah melengkapkan siasatan berhubung dakwaan isu integriti membabitkan lima pegawai kanan MARA yang dikaitkan dengan penyalahgunaan kuasa.

SPRM sudah memanggil 14 saksi terdiri daripada empat ahli lembaga pengarah dan tujuh individu dari pengurusan Mara Corp, dua pegawai Mara serta seorang dari sebuah syarikat setiausaha korporat dan syarikat perkhidmatan penyumberan luar korporat (CoSec) kepada agensi itu.

Isu terbongkar apabila tular di media sosial sepucuk surat permohonan untuk melakukan siasatan terhadap lima pegawai tinggi Mara dan mengejutkaan rakyat Malaysia apabila hampir RM1 juta dibelanjakan membayar gaji lima pegawai Mara Corp itu.

 

 

1 Comment