Ringgit susut kepada RM4.448, Bursa Malaysia terendah
00:07 Jul 16, 2022  |  By SabahKini2
Ringgit susut kepada RM4.448, Bursa Malaysia terendah

Ringgit terus ditutup pada paras terendah dalam tempoh lebih dua tahun berbanding dolar AS hari ini. Bursa Malaysia mencatatkan prestasi suram bagi mengakhiri dagangan minggu ini apabila ditutup rendah pada Jumaat

Ringgit terus ditutup pada paras terendah dalam tempoh lebih dua tahun berbanding dolar AS hari ini, menerima tekanan daripada data ekonomi suku kedua China yang lemah.

Pada 6 petang, mata wang tempatan merosot kepada 4.4480/4505 berbanding dolar AS daripada 4.4435/4450 pada Khamis.

China mencatatkan pertumbuhan sebanyak 0.4 peratus pada suku kedua 2022, jauh di bawah jangkaan berikutan langkah-langkah kawalan COVID-19.

Dalam negara, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.1688/1710 daripada 3.1717/1732 semalam dan naik berbanding pound kepada 5.2629/2658 daripada 5.2762/2780 sebelum ini.

Bagaimanapun, ia merosot berbanding euro kepada 4.4662/4687 daripada 4.4635/4650 pada Khamis dan rendah berbanding yen Jepun kepada 3.2048/20699 daripada 3.2009/2022. 

Pasaran Saham

Sementara itu Bursa Malaysia mencatatkan prestasi suram bagi mengakhiri dagangan minggu ini apabila ditutup rendah pada Jumaat dengan indeks utama susut 0.11 peratus berikutan kekurangan pemangkin belian dalam keadaan hari dagangan yang kurang memberangsangkan, kata peniaga.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.62 mata kepada 1,418.44 daripada 1,420.06 ketika ditutup pada Khamis.

Indeks penanda aras itu dibuka tidak berubah pada 1,420.06 – paras tertinggi harian – dan susut serendah 1,415.46 semasa sesi pagi.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 425 berbanding 388, manakala 419 kaunter tidak berubah, 1,044 kaunter tidak diniagakan dan 20 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2.05 bilion unit bernilai RM1.06 bilion daripada 2.01 bilion unit bernilai RM1.20 bilion pada Khamis..

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut tiga sen kepada RM8.59, Public Bank tidak berubah pada RM4.40, Petronas Chemicals naik lapan sen kepada RM8.11, IHH Healthcare turun satu sen kepada RM6.43 dan CIMB kurang lima sen kepada RM5.05.

Bagi saham aktif, Sapura Energy tidak berubah pada empat sen, Top Glove turun 2.5 sen kepada 99.5 sen, manakala MYEG dan Metronic masing-masing menguncup setengah sen kepada 80 sen dan 8.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 14.01 mata kepada 10,047.89; Indeks FBM Emas Shariah kurang 9.91 mata kepada 10,082.35; FBM 70 menguncup 27.02 mata kepada 11,995.01; Indeks FBMT 100 susut 13.72 mata kepada 9,815.75 manakala FBM ACE naik 7.01 mata kepada 4,559.83.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 52.51 mata kepada 16,007.69; Indeks Barangan dan Perkhidmatan Perindustrian turun 1.30 mata kepada 166.73 serta Indeks Perladangan kurang 13.48 mata kepada 6,655.73.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama berkurangan kepada 1.29 bilion saham bernilai RM916.47 juta daripada 1.45 bilion saham bernilai RM1.07 bilion pada Khamis.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 398.90 juta unit bernilai RM75.88 juta daripada 275.17 juta unit bernilai RM49.74 juta semalam.

Jumlah dagangan Pasaran ACE sebanyak 351.41 juta saham bernilai RM66.41 juta berbanding dengan 273.22 juta saham bernilai RM80.63 juta pada Khamis.

Kaunter barangan dan perkhidmatan pengguna menyumbang 227.92 juta saham didagangkan di Pasaran Utama, barangan dan perkhidmatan perindustrian (441.84 juta), pembinaan (52.11 juta), teknologi (113.80 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (31.38 juta), hartanah (68.45 juta), perladangan (30.04 juta), REIT (2.45 juta), dana tertutup (18,300), tenaga (195.68 juta), penjagaan kesihatan (58.08 juta), telekomunikasi dan media (16.40 juta), pengangkutan dan logistik (50.50 juta), serta utiliti (8.71 juta).

 

Comment