Malaysia tidak mungkin bankrap seperti Sri Lanka
14:07 Jul 16, 2022  |  By SabahKini2
Malaysia tidak mungkin bankrap seperti Sri Lanka

Malaysia dan Sri Lanka jauah berbeza.Sri Lanka kekurangan rizab matawang asing (FOREX), pengimport bahan api. Hutang matawang asing sebanyak US$51b, rizab asing cuma US$2.4b. Berbeza dengan Malaysia

Masalah Sri Lanka ialah kekurangan rizab matawang asing (FOREX) untuk membeli barang import dan untuk membayar hutang matawang asing.

Rizab matawang asing Sri Lanka juga semakin berkurang sebab negara itu telah bertahun-tahun mencatatkan defisit perdagangan antarabangsa (iaitu nilai import lebih tinggi banding nilai eksport.

Negara Sri Lanka yang merupakan net importer bahan api sedang menghadapi masalah besar mengimport bahan api untuk petrol dan untuk menjana kuasa elektrik setelah harga minyak dan gas dunia telah melambung tinggi.

Keadaan di sana adalah jauh berbeza dengan Malaysia.

Hutang Sri Lanka dalam matawang asing sebanyak US$51b dengan rizab asing cuma US$2.4b.

Hutang Malaysia dalam matawang asing sebanyak US$6b tetapi rizab asing kita adalah US$116b.

Sri Lanka telah mencatat defisit perdagangan antarabangsa tiap-tiap tahun sejak lebih 10 tahun lama.

Malaysia pula telah mencatat kelebihan (surplus) bagi perdagangan antarabangsa dengan konsisten sejak lebih 25 tahun dahulu.

Sri Lanka adalah negara pengimport bahan api dan harga dunia yang tinggi merupakan beban besar padanya.

Malaysia pula adalah negara pengeksport bahan api dan harga minyak dan gas dunia yang tinggi merupakan manfaat besar bagi kita.

Jadi, bagaimana pula Malaysia akan bankrap seperti Sri Lanka?

Tetapi geng PH tidak kisah tetapi akan menggunakan kesempatan ini untuk menipu, menakutkan dan menghasut Rakyat.

Besar paling nyata ketika ini ialah warga Sri Lanka kini perlu beratur hampir seminggu untuk membeli petrol.

Lebuhraya Malaysia pula sesak dengan trafik ketika kami pulang untuk raya minggu lepas.


By Najib Razak

1 Comment