Datuk Peter Hii Chang Lik tidak diculik tetapi terima rawatan di Singapura
13:07 Jul 17, 2022  |  By SabahKini2
Datuk Peter Hii Chang Lik tidak diculik tetapi terima rawatan di Singapura

Benarkah Datuk Peter Hii Chang Lik orang kuat Warisan Sandakan hilang diculik? Beliau kerap kali dikaitkan dengan cubaan culik Geng Abu Sayyaf namun masih selamat sekalipun pernah menggaji pekerja pengikut Abu Sayyaf di Ladang Borhill miliknya.

Benarkah Datuk Peter Hii Chang Lik Bekas Presiden Majlis Perbandaran Sandakan diculik sebagaimana dilaporkan oleh dailyexpress?

Polis Sabah juga tidak dapat mengesahkan spekulasi bekas Presiden Majlis Perbandaran Sandakan Datuk Peter Hii Chang Lik telah hilang.

Menurut sumber polis, pihak mereka masih belum menerima laporan polis berhubung perkara itu.

Namun menurut sumber rapat Peter Hii tidak hilang tetapi berada di Singapura menerima rawatan perubatan sebelum dihantar semula di Sandakan. Sebelum ini Peter dirawat di Kota Kinabalu.

Tidak dipastikan apa motif keluarga Peter Hii Chang Lik merahsiakannya.

Desas-desus Peter Hii Chang Lik diculik bukan baharu. Ogos tahun 2021 Peter Hii taikun kesayangan Shafie Apdal Presiden Warisan ini kaitkan dengan penculikan pemilik Ladang Borhill.

Polis menembak 5 orang ahli kumpulan Abu Sayyaf yang menyelinap bekerja di ladang Borhill tanpa permit.

Semakan menunjukkan Ladang Borhill milik Datuk Peter Hii bekas Presiden MPS itu. Rupanya Peter Hii sekian lama melindungi geng Abu Sayyaf di ladang miliknya.

[ARTIKEL BERKAITAN- Mengejutkan Ladang Borhill milik Peter Hii kroni Shafie Apdal pusat rekrut Abu Sayyaf di Sabah!]

 

Mengejutkan Ladang Borhill milik Peter Hii kroni Shafie Apdal pusat rekrut Abu Sayyaf di Sabah!

 

 

2 Comments