Hina Islam: NGO Lawyers For Liberty Pro PH kutip sumbangan bayar jaminan RM20,000
22:07 Jul 17, 2022  |  By SabahKini2
Hina Islam: NGO Lawyers For Liberty Pro PH kutip sumbangan bayar jaminan RM20,000

7 boyfriends menghilang!. NGO pro PH Lawyers for Liberty (LFL) akhirnya menjadi pengumpul wang derma jaminan membebaskan Amira 'Swingers' dan teman lelakinya. Macam biasalah kalau kes begini biasa Peguam dan NGO pro PH ke depan.

Nampaknya 7 boyfriends hilang entah ke mana, Amira ‘Swinger’ yang didakwa menghina Islam ketika berkomedi dijangka membayar ikat jamin pagi esok melalui wang yang dikumpul hasil sumbangan orang ramai.

Peguamnya, R Sivaraj, berkata sumbangan daripada orang ramai datang mencurah-curah, dengan beberapa menawarkan untuk membayar yuran guaman Siti Nuramira Abdullah.

“Sehingga pagi ini, kira-kira RM15,000 telah dikutip dan kami menjangkakan ia mencapai sasaran RM20,000 hingga tengah malam ini,” katanya

Beliau menambah, pasukannya juga telah dihubungi oleh penderma dari seluruh dunia yang berminat untuk memberi sumbangan susulan tindakan undang-undang yang dikenakan terhadap Siti Nuramira.

Sivaraj berkata, ikat jamin itu dijangka dibuat jam 9 pagi esok, sambil menambah, bahawa beliau berhasrat untuk mengembalikan wang yang disumbangkan orang ramai sebaik sahaja kes anak guamnya selesai dan wang jaminan dikembalikan mahkamah.

Pada Jumaat, Sivaraj mengumumkan kumpulan hak asasi Lawyers for Liberty (LFL) membantu Siti Nuramira dan pasangannya, Alexander Navin Vijayachandran, mengumpul dana diperlukan bagi menjamin mereka melalui sumbangan orang ramai menggunakan akaun bank LFL.

Untuk rekod Lawyers for Liberty diasaskan oleh N.Surendran (bekas VP PKR), Latheefa Koya (PKR-Bekas KP SPRM) dan Eric Paulsen pendokong tegar Pakatan Harapan. 

Pada Rabu, Siti Nuramira mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menimbulkan ketidaktenteraman dalam kalangan masyarakat Islam semasa persembahannya di Kelab Komedi Crackhouse di Taman Tun Dr Ismail, pada 4 Jun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen Siti Aminah Ghazali membenarkan Siti Nuramira diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin.

Pada hari yang sama, Navin, 38, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan memuat naik kandungan menghina di media sosial.

Bagi pertuduhan pertama, Navin didakwa berkongsi hantaran di akaun Instagramnya pada 5 Jun dengan niat untuk menghina orang lain. Pertuduhan kedua, dia didakwa berkongsi kandungan melalui akaun YouTubenya pada 16 Jun dengan niat untuk menghina orang lain.

Hakim Mahkamah Sesyen Azrul Darus membenarkan Navin diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 1 Sept untuk sebutan semula kes.

 [ARTIKEL BERKAITANA-  [VIDEO] Mengejutkan! Siti Amira 'tanggal tudung' pengamal seks bebas, 'Swinger' bertukar pasangan ]

 

1 Comment