Rahman Dahlan syor isu tuntutan Waris Sulu dibahas di Dewan Rakyat
02:07 Jul 20, 2022  |  By SabahKini2
Rahman Dahlan syor isu tuntutan Waris Sulu dibahas di Dewan Rakyat

Menurut Rahman walaupun sebelum ini ada penerangan telah dibuat oleh kerajaan, tetapi ahli-ahli parlimen terutamanya dari Sabah masih banyak persoalan yang ingin ditanya. Dewan rakyat paltform terbaik.

Bekas Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Seri Rahman Dahlan kecewa apabila parlimen tidak membahaskan isu tuntutan Sulu ke atas negeri Sabah.

Katanya Speaker sepatutnya menggunakan budi bicara beliau untuk membenarkan perbahasan itu.

“ Isu ini isu spesifik, berkepentingan awam dan mendesak. Tidak ada sebab kenapa ianya tidak boleh dibahaskan”

Katanya walaupun sebelum ini ada penerangan telah dibuat oleh kerajaan, tetapi ahli-ahli parlimen terutamanya dari Sabah masih banyak persoalan yang ingin ditanya.

Maka perbahasan di parlimen adalah platform terbaik untuk kerajaan menjawab persoalan ahli-ahli parlimen dan menerangkan serta menjelaskan secara terperinci tindakan dan perancangan kerajaan untuk menangani isu tuntutan ini terutamanya setelah aset-aset Petronas telah “dirampas” di luarnegara jelas Rahman melalui satu kenyataan hari ini.

Parlimen semalam menggantung selama 2 hari, Ahli Parlimen kota belud YB Isnaraissah Munirah selepas enggan duduk kerana speaker dewan menolak 3 kali usul yang cuba dibawa olehnya mengenai tuntutan Sulu ke atas negeri Sabah.

Jelas Abdul Rahman lagi, Speaker dan kerajaan pusat mesti faham bahawa isu tuntuan dan keselamatan negeri Sabah adalah isu besar dan terlalu dekat di hati rakyat Sabah.

Jangan sampai usul ini ditolak bagi kali keempat sehingga rakyat Sabah tidak memaafkan. Ini isu kedaulatan negeri Sabah dan orang Sabah khuatir tentang masa depan mereka kata

1 Comment