Prof Dr Charles bekas Pengarah IBTP UMS ditahan SPRM buat tuntutan palsu RM66,000
03:07 Jul 20, 2022  |  By SabahKini2
Prof Dr Charles bekas Pengarah IBTP UMS ditahan SPRM buat tuntutan palsu RM66,000

Prof Dr. Charles S Vairappan dilepaskan dengan jaminan berjumlah RM10,000 dengan seorang penjamin dan dijangka akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu dalam tempoh terdekat.

KOTA KINABALU: Seorang Pensyarah berstatus Profesor di di Universiti Malaysia  Sabah (UMS)  bakal dituduh di mahkamah atas dakwaan mengemukakan tuntutan palsu melibatkan dana penyelidikan berjumlah lebih RM66,000.

Prof Dr. Charles S Vairappan bekas Pengarah Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP) UMS ditahan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah pada jam 10 pagi semalam

Menurut sumber, Prof Dr. Charles dipercayai mengemukakan tuntutan palsu pada tahun 2014 hingga 2017 ketika bertugas sebagai pengarah Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan

Difahamkan tuntutan palsu tersebut melibatkan dana penyelidikan namun tiada perbelanjaan dilakukan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut berkata kes sedang disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Tambah beliau, suspek dilepaskan dengan jaminan berjumlah RM10,000 dengan seorang penjamin dan dijangka akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu dalam tempoh terdekat.

Untuk rekod Profesor Dr. Charles S Vairappan pada november 2021 menerima Anugerah Kepujian Menteri Luar Jepun atas usaha secara berterusan beliau dalam mempromosikan pendidikan dan penyelidikan di antara Malaysia dan Jepun.

Beliau pernah terlibat dalam aktiviti penyelidikan bersama dengan institusi penyelidikan Jepun melalui projek Science and Technology Research Partnership for Sustainable Development (SATREPS) serta Third Country Training Programme (TCTP) yang melibatkan aktiviti latihan mengenai pemuliharaan biodiversiti di Sabah. Jepun menganggapnya pencapaian terbaik terhadap kejayaan pelaksanaan Dasar Pandang ke Timur kali ke-40 tahun. 

10 Comments