[DOKUMEN PERTUDUHAN] Prof Dr. Charles didakwa di mahkamah, 21 pertuduhan kes tuntutan palsu
15:07 Jul 20, 2022  |  By SabahKini2
[DOKUMEN PERTUDUHAN] Prof Dr. Charles didakwa di mahkamah, 21 pertuduhan kes tuntutan palsu

Prof Dr. Charles S Vairappan sebagai pengarah Institut Biologi Tropika & Pemuliharaan di UMS telah didakwa membuat 21 tuntutan melibatkan dana penyelidikan termasuklah kos tuntutan beliau semasa menjalankan aktiviti penyelidikan di pulau-pulau, sewa bot..

Prof Dr. Charles S Vairappan dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu, Sabah hari ini atas tuduhan membuat tuntutan perbelanjaan palsu bernilai RM66,140 bagi tempoh 2014 hingga 2017.

Mengikut fakta kes, tertuduh yang berusia 55 tahun itu bertugas sebagai pengarah Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah didakwa membuat 21 tuntutan melibatkan dana penyelidikan termasuklah kos tuntutan beliau semasa menjalankan aktiviti penyelidikan di pulau-pulau, sewa bot dan aktiviti menyelam, bagaimanapun tuntutan yang dinyatakan tiada perbelanjaan dilakukan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Tertuduh diwakili dua orang peguam iaitu Zahir Shah dan Baldev Singh.

Hakim Abu Bakar Manat kemudian menetapkan tertuduh dikenakan wang jaminan sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin.

Pada masa sama, Abu Bakar turut memerintahkan tertuduh supaya melapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setiap dua bulan serta menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Nartiah F. Mirchelle Sambatan.

Sebelum ini, tertuduh ditahan SPRM pagi semalam selepas hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah.

Berikut merupakana dokumen penuh pertuduhan Prof Dr. Charles S Vairappan.

 

[ARTIKEL BERKAITAN-  Prof Dr Charles bekas Pengarah IBTP UMS ditahan SPRM buat tuntutan palsu RM66,000 ]

 

 

 

Comment