CEO HRD Corp Shahul Hameed ‘Kaki Pau’ naik gaji RM64,300.00!
23:07 Jul 20, 2022  |  By SabahKini2
CEO HRD Corp  Shahul Hameed ‘Kaki Pau’ naik gaji RM64,300.00!

Selepas Bestinet diserbu SPRM, isu pmbekuan pekerja Indonesia dan kes rasuah penjana di PERKESO kini gaji CEO HRD Corp Datuk Shahul RM64,300.00 dipertikaikan!. Apa istimewanya 'Kaki Pau 30%' itu dapat gaji lagi besar?

Isu di Kementeriaan Sumber Manusia diketuai Datuk M Saravanan nampaknya belum reda. Selepas Bestinet diserbu SPRM, isu pembekuan pekerja Indonesia dan kes rasuah penjana RM100 juta di PERKESO kini gaji Ketua Pegawai Eksekutif  Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) menerima kenaikan gaji lumayan.

Dalam satu surat yang tular di laman sosial memaklumkan Jawatankuasa Penamaan dan Imbuhan (“BNRC”) meluluskan Gaji CEO HRD Corp Datuk Shahul Hameed Dawood itu RM64,300.00 bermula 15 April lalu. Kenaikan gaji ini belum termasuk elaun bulanan CEO.

Pelantikan Shahul Hameed Dawood pengasas syarikat My Events International Sdn Bhd sejak April 2020 dikritik netizen kerana Shahul dikatakan bukan warganegara Malaysia namun mendapat kerakyatan Malaysia.

Ramai mempersoalkan apakah kepakaran yang dimiliki oleh Shahul sehinggga dilantik CEO HRD Corp dan kini dibayar tinggi sehingga RM64,300.00 mengalahkan gaji Perdana Menteri dan Menteri.

Ketika langkah kerajaan mengumumkan langkah penjimatan kenaikan gaji CEO pasti dipertikaikan netizen.

Apa pendapatan HRD Corp sehingga membolehkan mereka membayar gaji dan elaun tinggi sedangkan HRD Corp memaksa para pusat latihan yang menerima dana HRD Corp menyumbangkan kembali beberapa  peratus ke dalam tabung HRD Corp.

Terdapat laporan anak syarikat yang terkait My Events International Sdn Bhd dan Shahul juga banyak mendapat manfaat di HRD Corp. Kerajaan melalui LHDN dan SPRM wajar menyiasat Shahul dan rangkaian syarikat miliknya. 

Edisi Siasat/Khas sebelum ini mendedahkan gambar percutian Saravanan Menteri KSM bersama Datuk Shahul Hameed CEO HRD Corp dan Pengasas Bestinet Dato' Sri Aminul di Dubai ketika bencana banjir di Malaysia. Edisi mendedahkan mengenai 25 syarikat yang dimonopoli oleh Dato' Sri Aminul.

 

Untuk apa M. Saravanan, Shahul Hameed dan Dato' Sri Aminul ke sana jika tidak membincangkan hal perniagaan. Tak mungkin Saravanan berada secara kebetulan. Apa hubungan M. Saravanan, Datuk Shahul Hameed dengan Dato' Sri Aminul Bestinet?

[ARTIKEL BERKAITAN- Isu pekerja asing: Mengapa Saravanan Menteri KSM pertahan Taikun Bangladesh pemilik Bestinet? ]

Selain itu turut kecoh ialah pelantikan Ahli Lembaga Pengarah HRD Corp sebelum ini yang mencetuskan ‘conflict of interest’ apabila isteri kepada Datuk Khamarulazlan Mohamad Hanafiah Setiausaha Politik Menteri KSM Saravanan iaitu Datin Erni Dekritawati Yuliana Buhari CEO Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd salah seorang dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarahnya.

Bagaimana dia boleh dilantik jika tidak kerana kepentingannya. Perkara ini berlarutan hingga hari ini namun Menteri KSM Datuk  M Saravanan tidak pedulipun sekalipun agensi dan syarikat terkait dengannya disiasat SPRM.

 

 

 

 

20 Comments