Dua pegawai Mara Corp akhirnya didakwa
05:07 Jul 21, 2022  |  By SabahKini2
Dua pegawai Mara Corp akhirnya didakwa

Selepas 4 bulan. Siapa dua pegawai Mara Corp yang bakal didakwa dahulu?

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan dua pegawai kanan Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang berhadapan lima pertuduhan akan didakwa esok.

Kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009 iaitu berkaitan kesalahan mana-mana pegawai badan awam yang menggunakan jawatan atau kedudukan untuk mendapatkan suapan.

Dalam satu jemputan media oleh Bahagian Komunikasi Strategik SPRM memaklumkan mengenai pertuduhan dua pegawai MARA Corp esok (21 Julai 2022) jam 8.30 pagi di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Awal mac lalu, SPRM memulakan siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan salah urus membabitkan lima pegawai kanan Mara yang dibayar hampir RM1 juta

Siasatan dimulakan dengan sesi merakam keterangan beberapa pegawai Mara Corporation (Mara Corp).

SPRM kemudian menyerbu sekurang-kurangnya tiga pejabat berkaitan Mara di ibu negara dan mengambil beberapa dokumen untuk membantu siasatan.

Pada 11 Feb lalu, SPRM mengambil keterangan lima pegawai kanan Mara berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa itu.

Isu salah guna kuasa dan salah urus Mara Corp didedahkan pemilik akaun Twitter Edisi Siasat menerusi ciapannya, yang turut melampirkan beberapa dokumen  salahlaku pegawai Mara.

Pada 14 Jun lalu, Ketua Pengarah SPRM Azam Baki memaklumkan, SPRM sudah mencadangkan beberapa nama kepada Jabatan Peguam Negara untuk dituduh.

 

 

 

Comment