CEO, Pengarah Kewangan MARA Corp didakwa lulus elaun sendiri RM87,09.75
14:07 Jul 21, 2022  |  By SabahKini2
CEO, Pengarah Kewangan MARA Corp didakwa lulus elaun sendiri RM87,09.75

Akhirnya pegawai Mara Corp didakwa. Noor Irwan Marmin CEO luluskan elaun sendiri RM46,218.75 & Rizal luluskan RM40,875. Persoalan besar pegawai undang-undang Mara Corp, Iskandar masih belum didakwa. Bilakah akan didakwa?

 

Dua pegawai kanan Majlis Amanah Rakyat (MARA) masing-masing berhadapan dengan lima tuduhan menggunakan jawatan untuk meluluskan pembayaran elaun memangku.

Noor Irwan Marmin CEO

Tertuduh pertama, Noor Irwan Marmin, 44, sebagai pegawai badan awam iaitu pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (memangku) MARA Corporation Sdn. Bhd. di antara 17 September 2021 hingga 21 Januari 2022 didakwa telah meluluskan Internal Memo, Payroll And Contract Engagement Payment berjumlah RM46,218.75 untuk dirinya.

Beliau dituduh di bawah Seksyen 23 (1) Aka Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia  (SPRM) 2009 [Akta 694].

Jika disabit kesalahan, beliau boleh dipenjara tidak lebih 20 tahun, denda  tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang diterima atau juah yang tertinggi.

Beliau yang diwakili oleh peguam, Aizat Mustafa dan Ozier Farhan bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kesemua tuduhan berkenaan dan minta dibicarakan.

Hakim, Suzana Hussin kemudian menetapkan ikat jamin sebanyak RM45,000 selain mengarahkan Irwan menyerahkan pasport antarabangsanya kepada mahkamah sehingga perbicaraan kes tersebut selesai.

Dalam masa yang sama, beliau turut diarahkan melaporkan diri di pejabat SPRM yang berdekatan setiap bulan.

Rizal Abdul Ghani- Pengarah Kewangan

Sementara itu tertuduh kedua, Rizal Abdul Ghani juga mengaku tidak bersalah dengan lima tuduhan terhadapnya.

Beliau didakwa melakukan kesalahan berkenaan ketika menyandang jawatan Pengarah Kewangan Korporat Kumpulan MARA.

Terdahulu, beliau yang tidak diwakili peguam didakwa turut meluluskan memo yang sama bagi bulan September, Oktober, November, Disember 2021 dan Januari 2022 berjumlah RM40,875 sebagai bayaran elaun memangku untuk dirinya.

Beliau didakwa bertindak demikian  tanpa kelulusan Ahli Lembaha Pengarah MARA Corporation Sdn. Bhd.

Rizal yang hadir ke mahkamah tanpa peguam diarahkan membayar ikat jamin sebanyak RM40,000.

Kes sebutan untuk kedua-dua tertuduh berkenaan ditetapkan pada 23 Ogos ini.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya bagi bagi kes berkenaan, A. Kalai Vani dan Nurul Atiqah Mohamad Alias memohon kedua-dua tertuduh dibicarakan serentak.

Pendedahan sebelum ini

Hari ini hanya dua orang pegawai sahaja didakwa ke mahkamah iaitu CEO dan Pengarah Kewangan berbanding sebelum ini melibatkan 5 hingga 7 pegawai Mara Corp Gred 41 hingga 52.

Di MARA Corp mereka mendapat elaun dari RM3000 hingga RM5000. Hanya berkhidmat 6 bulan dan sambung lagi 6 bulan mendapat lagi elaun tambahan sehingga RM 10,000 hingga RM13,125. 

Isu asas yang dibangkitkan oleh Pengarah Eksekutif dan Lembaga Pengarah dalam laporan yang diminta oleh Datuk Seri Panglima Hajah Azizah DSP Mohd Dun ialah tentang salah guna kuasa 5 orang pegawai ‘Close Fertilisation Program’ atau secara pinjaman ini ialah berhubung kelulusan membayar elaun melebihi dari apa yang diluluskan oleh Exco dan Lembaga Pengarah MARA Corp.

Proposal for Extension of MARA's Secondment Officers of MARA Corporation Sdn Bhd hanya mencadangkan elaun yang diterima bagi setiap perjawatan di MARA Corp sebanyak RM29,000 sebulan sahaja untuk 7 pegawai yang tersenarai namun hakikatnya amaun yang diluluskan  tidak sama dengan amaun yang diterima kerana amaun diterima merupakan jumlah yang lebih tinggi daripada yang diluluskan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah. Ya kelulusan Lembaga Pengarah diperolehi berdasarkan sokongan BNRC tetapi hanya RM29,000 iaitu kadar elaun RM3000 hingga RM5000 sahaja.

[ARTIKEL BERKAITAN- Mengejutkan! RM29 ribu elaun 7 pegawai tapi 5 Pegawai curi duit MARA Corp tanpa kelulusan Lembaga Pengarah!]

 

Bagaimanapun selepas itu muncul senarai baru pembayarana gaji apabila MARA Corp perlu menanggung hampir RM1 juta setahun menggaji Pegawai MARA sejak Julai 2020 hingga Januari 2022. RM967,355.76 dibelanjakan untuk Pegawai MARA malaun ini!.

1. Noor Irwan Marmin (Gred E52) dibayar RM 269,723.80
2. Rizal Abd Gani (Gred 44) dibayar RM207,069.00
3. Iskandar Zainudin (Gred 44) dibayar RM 152,738.48
4. Mohd Faizal Mat Top (Gred 44) dibayar RM168,022.32
5. Mohd Firdaus Zubir (Gred 44) dibayar RM169,802.16

 

 

Gila! Irwan dibayar RM 269K, hampir RM 1 Juta bayar elaun 5 Pegawai MARA Corp Gred 44-55

 

Menjadi persoalan mengapa  Iskandar Zainudin dalang sebenar tidak didakwa di mahkamah? Mungkin akan datang?

16 Comments