Cubaan seludup 646 paket minyak masak subsidi ke Filipina gagal
16:07 Jul 22, 2022  |  By SabahKini2
Cubaan seludup 646 paket minyak masak subsidi ke Filipina gagal

Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander Maritim Norrimi Hassan berkata, hasil pemeriksaan ke atas bot menemui 646 paket minyak masak bernilai RM1,615.00.

Maritim Gagalkan Cubaan Menyeludup 646 Paket Minyak Subsidi Ke Filipina

SEMPORNA: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Semporna menggagalkan cubaan menyeludup minyak masak di perairan Semporna, menggunakan sebuah bot laju, awal pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander Maritim Norrimi Hassan berkata, rampasan dibuat selepas bot ronda APMM yang sedang dalam tugasan Op Pluto Timur mengesan sebuah bot laju tanpa nombor pendaftaran bergerak dalam keadaan mencurigakan di lokasi sekitar 0.7 batu nautika barat daya Kampung Labuan Haji, di sini, kira-kira 2.10 pagi tadi.

“Sebaik menyedari kehadiran bot penguatkuasa, suspek telah bertindak mengemudi bot ke kawasan lebih cetek dan terjun melarikan diri ke daratan berhampiran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Norrimi berkata pemeriksaan ke atas bot menemui 646 paket minyak masak bernilai RM1,615.00.

NIlai keseluruhan rampasan terdiri sebuah bot, sebuah enjin sangkut, dan kesemua minyak masak yang cuba diseludup dianggarkan bernilai lRM11,615.

Comment