Bekas CEO SDB, Pengarah anak Syarikat Capital A di reman SPRM rasuah RM24 juta pinjaman RM294 juta!
17:07 Jul 23, 2022  |  By SabahKini2
Bekas CEO SDB, Pengarah anak Syarikat Capital A di reman SPRM rasuah RM24 juta pinjaman RM294 juta!

Rasuah di Sabah Development Berhad (SDB) terbongkar!. RM 24 juta rasuah luluskan pinjaman RM294 juta. Sunhylla Kaur Kler bekas CEO SDB Asset Management Sdn Bhd ditahan, begitu juga Datuk Peter Lim bekas CEO Sabah Development Berhad dan..

19 Julai lalu Sunhylla Kaur Kler bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) SDB Asset Management Sdn Bhd anak syarikat kepada Sabah Development Bank Berhad (SDB) bersama dua lagi individu direman lima hari bagi siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima rasuah lebih RM24 juta.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Mohd Dinie Shazwan Ab Shukor terhadap Sunhylla Kaur Kler yang kini adalah Lembaga Pengarah Asia Digital Engineering Sdn Bhd anak syarikat Capital A (dulu AirAsia).


Sunhylla Kaur Kler

Ketiga-tiga individu itu ditahan di SPRM Putrajaya ketika hadir memberi keterangan disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.

Sumber SPRM mendedahkan Sunhylla Kaur Kler dan beberapa pegawai bank menerima rasuah berjumlah lebih RM24 juta sebagai balasan meluluskan pinjaman lebih RM294 juta yang dibuat sebuah syarikat tempatan.

Itulah Sunhylla Kaur Kler anak kepada Datuk Jaswant Singh Kler Bekas Pengerusi East Malaysia Planters' Association,  TSH Resources Bhd dan Malaysian International Chamber of Commerce and Industry (MICCI) Sabah.

 

Datuk Peter Lim– Bekas CEO SDB direman SPRM

Sunhylla Kaur Kler 5 hari telah mengheret nama Datuk Peter Lim Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sabah Development Berhad yang pernah ditahan SPRM tahun 2016.  

Dilaporkan Datuk Peter Lim adalah suspek keempat ditahan selepas tiga individu termasuk Sunhylla Kaur Kler yang kini direman semula hingga isnin. Manakala dua lagi suspek dibebaskan dengan masing-masing dikenakan ikat jamin RM15,000.

Menurut sumber dijangka Datuk Kevin How bekas CEO SDB juga bakal dipanggil memandang hubungan baiknya dengan Sunhylla Kaur Kler.

Datuk Peter Lim merupakan CEO SDB sebelum Datuk Kevin

Datuk Peter Lim ditahan di rumahnya. Dilaporkan pasukan siasatan dikatakan sudah berjaya mendapatkan semula hampir keseluruhan wang berjumlah RM24 juta terbabit hasil penyitaan wang serta aset itu.

SPRM juga sudah membekukan sejumlah 22 akaun bank milik individu dan syarikat dipercayai mempunyai kaitan dengan kes itu, membabitkan jumlah kira-kira RM6.3 juta.

"Pasukan siasatan juga dikatakan berjaya mengesan wang kira-kira RM16.3 juta yang disimpan suspek utama (Sunhylla Kaur Kler) di negara jiran," katanya.

Kesemua wang berjumlah RM22.6 juta itu dibekukan untuk tindakan lanjut, dan operasi berkenaan masih giat dijalankan di sekitar Kuala Lumpur, Perak dan Sabah.

"Wang terbabit berjaya dikesan selepas pasukan siasatan melakukan analisis data menjejaki aset," katanya.

Pengarah Bahagian Pengubahan Wang Haram dan Pelucuthakan Harta (AMLA) SPRM, Mohamad Zamri Zainul Abidin, ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.

Tidak mustahil akan lebih ramai ditahan jika mungkin ada penglibatan penjawat awam di Sabah termasuk bekas SUT Kementerian terlibat yang menjadi Lembaga Pengarah SDB. SUT-SUT ini sekarang takut dipanggil SPRM. 


Rasuah Bekas CEO dan Sunhylla Kaur Kler di SDB

Tangkapan kes rasuah  RM24 juta daripada meluluskan pinjaman RM294 juta ini menunjukkan betapa  besar gejala kemelut rasuah di Bank milik Kerajaan Negeri Sabah itu.

Di zaman Peter Lim dan Datuk Kevin How rasuah berleluasa. Ketika pemerintahan Shafie Apdal bekas Ketua Menteri Sabah Warisan itu terus mengekalkan Datuk Kevin How sebagai Ahli Lembaga Pengarah SDB begitu juga Sunhylla Kaur Kler CEO di SDB Asset Management Sdn Bhd. 

Sunhylla Kaur Kler bertindak seperti konsultan kepada Datuk Peter dan Kevin How.

Shafie Apdal bersama Bekas CEO dan Lembaga Pengarahnya dikatakan bercadang mahu menerbitkan bon RM10 bilion melalui SDB namun tidak sempat dilakukan. 


Sunhylla Kaur Kler CEO  SDB Asset Management Sdn Bhd

 

BOD lama. BOD baru Rujuk  

 

Jika Datuk Peter dan Sunhylla Kaur Kler boleh terlibat dengan skandal rasuah pinjaman RM294 juta sudah pasti SPRM wajar melihat kerja mereka selama ini di SDB. Tentu lebih banyak lagi rasuah berlaku. 

Sabahkini2 sebelum ini pernah mendedahkan mengenai kelulusan pinjaman RM300 juta Air Asia dengan Sabah Development Bank Berhad sebelum PRN Sabah September tahun 2020. Kelulusannya tiba-tiba walau tahu kedudukana Air Asia menghampiri muflis. SPRM tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan media mengenai kes ini hanya SDB membuat kenyataan mendapat pelepasan SPRM. Mungkin kerana melibatkan pelbagai pihak atasan lebih tinggi maka kes itu dianggap selesai. Semua artikel itu boleh dibaca di sini.

[ARTIKEL BERKAITAN- 

2 Oktober 2020- Projek OurFarm Junz Wong lulus pinjaman RM300 juta Bank Sabah selamatkan Air Asia?

27 Oktober 2020 - Pinjaman RM300 juta Air Asia didalangi kroni Shafie, Ambrose Lee, Janice Lim, CEO SDB wajar dihentikan! 

29 Oktober 2020- Shafie mengaku selamatkan AirAsia cuma pinjaman RM300 juta SDB rakyat Sabah tidak perlu tahu! ]

18 Nov 2020-  Prudent for SDB to loan AirAsia RM300m? 

17 Mac 2021 – Skandal pinjaman 'tak masuk akal' SDB - Air Asia RM300 juta, mana pengesahan SPRM?

 

Bagaimanapun satu persoalan besar muncul selepas tangkapan Suhnyllaa Kaur apabila bulan MAC lalu beliau dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Asia Digital Engineering Sdn Bhd anak syarikat Capital A. 

Apakah ini satu hadiah terima kasih Tony Fernandes kepada Suhnyllaa Kaur membantu pinjaman AirAsia RM300 juta sebelum ini?

Group Capital A menunjukkan Asia Digital Engineering Sdn Bhd anak syarikatnya

Belum ada laporan audit akaun lagi

 

Nama Suhnyllaa Kaur sebagai Lembaga Pengarah

 

 

Terdedah dan tertangkapnya Suhnyllaa Kaur sebagai Ahli Lembaga Pengarah anak Syarikat Capital A pasti memberi kesan kepda syarikat itu yang kini masih bergelut sebagai PN17. Jika hutang Air Asia juga ada kaitan dengan Kevin How dan Sunhylla Kaur Kler pasti  akan membuka jalan lain siasat terhadap Capital  A pula. 

Tindakan Kerajaan Sabah bawah Datuk Seri Hj Hajiji Mohd Noor membersihkan Sabah Development Bank Berhad sebelum ini adalah langkah tepat. Semoga banyak lagi terbongkar melibatkan pegawai-pegawai GLC dan agensi milik kerajaan negeri. 

 

15 Comments